Pemuda Kelahiran Mambau Membuat Liputan Di Anugerah OSCARS 2017

Siapa sangka seorang pemuda berusia 33 tahun yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan yang 6 tahun dahulu berkerja sebagai budak penghantar surat dan kini berjaya membuat liputan dengan menemuramah pelakon-pelakon Hollywood terkemuka di karpet merah Anugerah Academy (OSCARS) ke-89 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

nabil oscars

Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad bukan sahaja sudahpun mampu berdiri dengan selebriti-selebriti tanah air yang lain, sekarang sudah pun boleh bergaul dengan pemenang anugerah OSCAR di Dolby Theatre di Hollywood, Los Angeles. Biarpun tidak dapat memasuki dewan utama, Nabil berpuas hati bertemu dengan pelakon hebat Hollywood seperti Nicole Kidman, Salma Hayek, Denzel Washington, Emma Stone dan Jackie Chan.

Nabil yang ditemu bual oleh para media menerusi Skype di satu sidang tontonan eksklusif anugerah Oscar yang diadakan oleh HBO Asia itu menyatakan pengalaman tersebut adalah satu yang menakjubkan serta menyeronokkan sungguhpun hasrat beliau untuk bersemuka dengan Ryan Gosling tidak berjaya memandangkan artis berkenaan berjaya menyelinap masuk tanpa diketahui pihak media. Dalam kesibukan beliau menemuramah, Nabil juga sempat berswafoto(Selfie) di lokasi karpet merah bersama dengan pelakon hollywood terkemuka.

nabil oscars

nabil oscars

nabil oscars

nabil oscars

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nabil sememangnya giat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris nya, termasuklah mengambil bahagian dalam persembahan stand up komedi dalam bahasa inggeris dan ternyata usahanya membuahkan hasil apabila dia berjaya membuat liputan OSCARS ini.

Bagi seorang pelawak yang sudahpun berkecimpung dalam industri hiburan lebih sedekad yang lalu dan hanya berkelulusan di peringkat SPM sahaja, pencapaiannya pada hari ini adalah suatu yang membanggakan. Tahniah Nabil! – malaysiandigest & berita harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.