Pemilik Video Kemalangan, Diminta Tampil Bantu Siasatan

PORT DICKSON, 7 Jan – Polis meminta pemilik asal video kamera dashboard yang merakam insiden kemalangan di simpang tiga Lukut-Sepang Rabu lalu tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson Cawangan Trafik.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, dua rakaman video insiden yang tular di media sosial itu dapat membantu siasatan polis.

“Justeru itu, polis meminta pemilik asal rakaman tersebut untuk tampil bagi membantu polis melengkapkan siasatan.Pemilik video berkenaan boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Raja Hafizah Raja Arifin di talian 013-535 8403,” katanya.

Zainudin berkata, orang ramai yang melihat kejadian berkenaan juga boleh tampil dan menghubungi Inspektor Raja Hafizah bagi membantu siasatan polis.

[Berita Berkaitan: 4 Warga Singapura Maut Dalam Kemalangan Di Port Dickson]

Terdahulu pada 2.30 petang Rabu lalu empat sekeluarga warga Singapura maut selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah lori. Tiga daripada mereka maut di tempat kejadian sementara seorang lagi maut ketika dalam perjalanan ketika dikejarkan ke hospital.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (7 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.