Pembangkang Juga Boleh Gunakan Dewan Dan Balai Raya

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 16 Mei – Pihak pembangkang di negeri ini dibenarkan untuk menggunakan dewan masyarakat atau balai raya jika mereka mahukannya.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata walaupun sebelum ini Pakatan Harapan (Harapan) susah untuk mengunakan dewan orang ramai atau mana-mana balai raya untuk menjalankan aktiviti, tetapi pada kali ini pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan.

“Kita tidak mempunyai masalah, jika pihak pembangkang (BN) mahu gunakan dewan masyarakat atau balai raya, Ketua JKKK berilah kebenaran, saya tidak halang.

“Walau pun dulu kita (Harapan) tidak dibenarkan masuk dalam dewan atau balai raya, tetapi saya tidak akan membalasnya.

Menurutnya, perbezaan politik tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengunakan kemudahan dewan orang ramai kerana ia milik masyarakat.

“Saya tidak mahu melihat masyarakat di negeri ini berpecah, teruskanlah dengan apa yang ada sekarang ini, biarlah kita jalani ibadah puasa dalam keadaan aman,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Kesyukuran Rakyat Dun Rantau Bersama Menteri Besar di Dewan Orang Ramai Sendayan, di sini, hari ini.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (16 Mei 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.