Pelajar USIM Maut Digilas Bas

NILAI, 23 Mei – Seorang penuntut perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menemui ajal akibat digilis bas, manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan kenderaan itu di Jalan USIM dekat Dewan Tuanku Canselor di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, mangsa, pelajar tahun 3 Fakulti Sains Teknologi, Wamasaria Layai, 22, yang membonceng motosikal tersebut maut akibat parah pada kepala.

Penunggang motosikal, Nurul Fariza Natasha Sapuan, 22, pula cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah bas menyebabkan mereka terjatuh.

“Pembonceng terjatuh dan terperosok di bawah bas menyebabkan mangsa digilis tayar kenderaan tersebut. Rakan mangsa pula hanya cedera ringan pada badan,” katanya.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Bedah siasat akan dijalankan pada pukul 10.30 pagi esok.

SUMBER – Petikan berita daripada Kosmo! Online (23 Mei 2018 | 10:10 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.