Pelajar Sekolah Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

GEMAS, 13 Feb – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman (STAR) Gemas maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput yang sedang menjalankan kerja memesin rumput di padang sekolah, pagi tadi.

Pelajar Sekolah Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas kepalanya terkena mata traktor mesin rumput.FOTO – Sinar Harian

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nur Afini Roslan,14, disahkan maut oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Manakala, dua lagi pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut.

Pelajar Sekolah Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

Traktor mesin rumput yang menyebabkan nyawa seorang pelajar melayang. FOTO – Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.

“Mayat mangsa akan di hantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya kepada akbar Sinar Harian, di sini, tadi.

Pelajar Sekolah Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput

Pelajar lelaki turut mengalami kecederaan. FOTO – Sinar Harian

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (13 FEBRUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.