Pekan Linggi Terbakar, Suatu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Cerita ini dikongsikan oleh Surach Nair di laman Facebook beliau bertarikh 18 August 2015 berkenaan kebakaran besar yang berlaku di Pekan Linggi yang masih lagi segar dari ingatannya. Suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan mangsa kebakaran tersebut.

Sungguhpun tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi kemusnahan beberapa kedai di Pekan Linggi sedikit sebanyak telah mencacatkan pemandangan di sekitar pekan Linggi pada ketika itu. Mari ikuti cerita yang dikongsikannya;

2 Oktober 1988, satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Pekan Linggi Terbakar. Lebih kurang dalam 1 tengahari, kedengaran suara orang menjerit, “api api api”. Ketika itu saya berada di kedai ayah saya (lebih dikenali orang Linggi, Kedai Gobi). Jadi saya anak Gobi yang ketiga. (Surach Nair). Sejurus mendengar jeritan itu, saya pun lari kearah barisan kedai.

Kelihatan api sedang membakar tingkat satu kedai menjual baja. Semua orang panik dan terpacak melihat api yang begitu berkuasa menelan kedai dan asap yang tebal menutup langit. Hanya satu sahaja yang mampu dilakukan. Lari dan selamatkan diri.

Saya tidak pasti bila bangunan kedai papan ini dibina. Tetapi yang pasti awal 1900an. Oleh kerana kedai papan ini amat lama, ia memudahkan api merebak dengan cepat. Satu barang pun tidak berjaya diselamatkan.

Pekan Linggi Terbakar, Suatu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Deretan kedai yang terbakar di Pekan Linggi pada 2 Oktober 1988

Kedai ayah saya (Kedai Gobi) kedudukannya agak jarak sedikit dari barisan kedai yang terbakar. Kedai berkembar bersama kedai Makcik Tebong (sambal nasi lemaknya memang sedap) Kedua kedai ini terselamat. Tetapi semua barang dikedai ayah saya sudah dikeluarkan. Berterabur di tengah jalan. Dari peti sejuk hinggalah beras sudah dikeluarkan. Kedai yang turut terselamat ialah kedai Cakboo. Belakang kedai ayah saya. Apek itu tidak menghiraukan amaran yang dikeluarkan oleh Bomba, beliau menggunakan Pam Air sendiri membasahkan seluruh kedainya untuk mengelakkan dari dimakan api.

Pihak Bomba dari seluruh Negeri Sembilan dan Melaka berjaya mengawal api dari merebak. Kata kata yang menakutkan ketika itu, ‘kalau terbakar Station Petrol BP, akan meletup satu Linggi’. Mujurlah ia terselamat.

Semua mangsa kebakaran ditempatkan di SRJK (Cina) Linggi lebih kurang 1.5km dari Pekan Linggi. Saya bersama ayah dan abang saya melawatkan pusat penempatan mangsa pada waktu malam. Kelihatan amat tersedih. Ramai yang mengadu kelaparan. Tindakkan pantas, kami semua rakyat Linggi bergotong-royong menyediakan makanan untuk semua mangsa.

Keesokan harinya, keadaan tenang. Kami semua hanya mampu melihat saki baki kebakaran yang hanya tinggal tiang dengan mengalikan air mata kesedihan. Teramat pilu. Ayah saya tidak dapat buka kedai kerana semua barang barang terabur. Kami hanya duduk temenung dikedai sambil menemani mangsa kebakaran yang juga rakan rakan baik ayah saya. Ramai yang datang dengan kelaparan untuk mendapatkan makanan dan minumam. Tapi kedai kami tak buka. Dengan segara ayah saya mengarah emak saya supaya siapkan dapur untuk masak makanan. Kelengkapan memasak serba tidak cukup. Emak saya pula mengarahkan abang saya Shashi Kumar dan Sangara balik kerumah bawa segala barang keperluan memasak. Saya hanya mampu melihat kerana ketika itu umur saya 10 tahun. Akhirnya dengan bantuan semua,kami mampu siapkan makanan walaupun tak lengkap. Detik kesedihan direnjis dengan kegembiraan ketika dapat menyediakan makanan untuk semua.

Pekan Linggi Terbakar, Suatu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Turut menemani dan memberi bantuan dan sokongan kepada seluruh rakyat Linggi, Adun Linggi. YAB Tan Sri Dato Seri Utama Haji Mohd Isa Samad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Masih saya ingat, liputan akhbar dibuat dikedai ayah saya. Rasa bangga juga. Hanya salah satu kedai yang terselamat.

Kini sudah 27 tahun berlalu, peristiwa sudah dijadikan sejarah. Tetapi kenangan masih segar lagi. Kepada anak anak Linggi, marilah kita berkongsi peristiwa Pekan Linggi kepada anak-anak dan cucu cicit kita supaya ia tidak dilupakan.

Pekan Linggi Terbakar, Suatu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Deretan kedai lama di Pekan Linggi sebelum berlakunya kebakaran

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Surach Nair. Apapun bangunan kedai yang telah terbakar telah digantikan dengan bangunan daripada batu yang baru yang lebih kukuh. Walaubagaimanapun tidak pasti sama ada pemilik di deretan kedai berkenaan adalah pemilik yang sama atau tidak.

Pekan Linggi Terbakar, Suatu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Tempat dimana berlakunya kebakaran tersebut berlaku. Sekarang ia digantikan dengan bangunan kedai yang baru

Pekan Linggi Terbakar, Suatu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Sumber – Petikan cerita aripada Facebook Surach Nair A/L Gobi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.