Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Semalam (19 Ogos 2017), Negeri Sembilan telah berjaya memecahkan rekod dunia (Guinness World Records) dalam acara ‘The Longest Chain of People Clasping Wrist’ (berpegangan tangan terpanjang) yang mencatatkan seramai 8,222 penyertaan dengan jarak sejauh 7.25 kilometer dalam satu acara yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 bertempat di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Seremban.

Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist

Acara anjuran kerajaan negeri dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) yang dilakukan melalui program Ekspedisi Menuju Puncak 2017 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 negara itu, turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

Wakil Guiness World of Record dan MBOR, menyampaikan sijil kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada majlis perasmian program itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, semalam.

Rekod dunia yang dicapai ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila berjaya mengatasi rekod terdahulu yang dicipta Pakistan melibatkan seramai 2,950 peserta pada 29 September tahun lalu.

Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist

Secara keseluruhan, program ini telah melibatkan lebih 8,222 sukarelawan yang dibantu 400 marshall. Program ini bermula seawal 8 pagi apabila seramai 4,222 sukarelawan mengibarkan Jalur Gemilang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Mereka kemudian bergabung dengan 4,000 sukarelawan lain dan mendaki gunung angsi secara berpegangan tangan.

Menurut Datuk Seri Mohamad Hasan, tujuan acara besar ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara, selain menzahirkan semangat patriotisme kalangan peserta yang kebanyakannya adalah pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Selain itu beliau beliau yakin catatan rekod dunia itu bakal memperkenalkan Gunung Angsi dan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah sebagai lokasi pelancongan di peringkat antarabangsa.

Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist Negeri Sembilan Cipta Rekod Dunia Dalam Acara The Longest Chain of People Clasping Wrist

Sumber – Berita Harian (19 Ogos 2017); n9kini.com (19 Ogos 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.