Misteri Flat Templer, Pangsapuri Paling Banyak Kes Bunuh Diri Di Negeri Sembilan

Pangsapuri Jalan Tun Dr Ismail atau yang dipanggil sebagai Flat Templer sangat dikenali masyarakat tempatan berikutan bangunan itu sinonim dengan penemuan mayat.

Perkara itu disebabkan flat 14 tingkat dan mempunyai 250 unit rumah di Jalan Templer dikatakan popular sebagai lokasi pilihan individu terjun dari bangunan berkenaan sebagai cubaan membunuh diri.

Misteri Flat Templer, Pangsapuri Paling Banyak Kes Bunuh Diri Di Negeri Sembilan

Pangsapuri Jalan Tun Dr Ismail lebih dikenali sebagai Flat Templer kerana terletak di Jalan Templer.

Difahamkan, lebih 70 kes kejadian bunuh diri berlaku diflat berusia lebih 50 tahun itu namun terdapat juga mangsa masih hidup selepas terjun dari bangunan tersebut.

Dari tempoh dua tahun sejak 2017 hingga sekarang (5 Jun 2018) sebanyak lima kes bunuh diri berlaku dan terbaru adalah kejadian pada 3 Jun 2018 yang melibatkan seorang lelaki Cina ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 14.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Jalan Tun Dr Ismail, Hor Mun Keong. Dia yang sudah menetap di sini lebih 30 tahun pun sudah terbiasa dengan kejadian cubaan bunuh diri atau jumpa mayat di kawasan ini. Dia juga mendapati kebanyakan mangsa juga merupakan orang luar memandangkan dia tidak berapa mengenali mangsa yang terlibat.

Menggelupur Di Lantai

Sebelum ini juga semua pintu untuk memasuki pangsapuri berkenaan dilengkapi dengan sistem berkunci yang hanya boleh dibuka apabila kad pintu itu disentuh di pagar berkenaan lalu pintu akan terbuka secara automatik.

Cuma sejak dua tahun lalu sistem itu tidak berfungsi lagi dipercayai dirosakkan individu yang tidak bertanggungjawab. Sungguhpun sistem itu dibaiki, ia sekali lagi dirosakkan oleh budak-budak nakal.

Menurut Mun Keong, terdapat enam pintu yang sudah rosak pada dua blok termasuklah sistem kunci berpagar automatik. Kerosakan tersebut melibatkan kos kira-kira RM2,000 untuk dibaiki.

Selain orang terjun bunuh diri, masalah yang dihadapi penduduk di sini adalah pembuangan sampah secara tidak beretika dari atas menyebabkan penghuni di tingkat bawah terganggu dan keadaan ini memberi kesan kepada masalah kebersihan.

Menurut salah seorang penduduk, Maimun Jaafar, 61, berkata, dia yang menetap di Blok A pernah melihat mayat mangsa terjun di flat itu.

Katanya, ada kes mangsa di situ yang cuba bunuh diri tetapi nyawanya panjang, beliau hanya mengalami kecederaan parah sahaja.

“Makcik pernah tengok orang mati kat bawah sini, jatuh sebab terjun dari tingkat atas. Habis berkecai, ngeri tengok mayat tu menggelupur di lantai. Itu yang harap sangat lepas ini tiada lagi kes bunuh diri berlaku di flat ini, macam-macam pihak pengurusan sudah buat tapi orang luar datang juga dan ikut penghuni di sini masuk sekali, lepas itu dia terjun,” katanya.

Misteri Flat Templer, Pangsapuri Paling Banyak Kes Bunuh Diri Di Negeri Sembilan

Aminuddin (lima, kanan) ketika berbincang untuk mengatasi masalah di Flat Templer.

Cadang Pasang Jaring

Sementara itu, Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri bercadang membuat jaring di pangsapuri berkenaan bagi mengelakkan kejadian bunuh diri berulang.

“Memandangkan flat ini terkenal sebagai tempat untuk orang terjun dan bunuh diri maka kita bercadang untuk pasang jaring di bahagian tepi atau di tempat yang sesuai. Kalau ada orang terjun pun dia akan jatuh terus ke atas jaring dan mungkin tidak akan mati.

“Adun Lobak (Chew Seh Yong) akan mengetuai projek ini, beberapa rundingan bersama pakar juga akan dilakukan sebelum pemasangan jaring dilakukan bagi memastikan adakah kaedah itu sesuai dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di pangsapuri itu bersama Ahli Parlimen Serem-ban, Loke Siew Fook dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong, di sini pada 4 .

Dalam pada itu, ekoran pelbagai kejadian tidak diingini berlaku dan terbaru kelmarin, kerajaan negeri mengambil tindakan drastik dengan membaiki semula sistem pintu pagar berkunci yang hanya boleh diakses penghuni.

“Sistem ini akan dibaiki segera bagi memastikan orang luar tidak lagi boleh masuk ke dalam bangunan tersebut tanpa kebenaran penghuni,” katanya.

Kronologi kes bunuh diri dalam tempoh 10 Tahun di Flat Templer:

31 Januari 2008

Seorang lelaki ditemui mati jam 11 malam dipercayai terjun dari pangsapuri tersebut. Mangsa yang tinggal di Bukit Tembok, dilaporkan kelihatan berlegar-legar di bahagian bawah pangsapuri, sebelum bertindak masuk ke dalam bangunan itu mengikut penghuni yang keluar masuk ke situ.

28 Oktober 2010

Seorang wanita berumur 22 tahun dijumpai mati terlentang di sebuah pangsapuri Jalan Tun Dr Ismail. Mangsa yang dikenali sebagai Yam ditemui orang ramai kira-kira jam 2.15 petang, di balkoni tingkat 1 blok A, pangsapuri terbabit.

27 September 2017

Seorang lelaki warga emas maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Pangsapuri Templer. Mangsa yang dikenali sebagai Lim Huat Mon, 74, dari Seremban itu, ditemui mati oleh sekumpulan lelaki yang sedang berbual di tingkat bawah kira-kira jam 5.15 pagi.

3 April 2018

Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari Tingkat 14 Pangsapuri Templer pada jam 8.50 malam. Hasil siasatan mangsa bukan penghuni di situ, tetapi tinggal di Bukit Galena, Jalan Labu. Mangsa ialah pelajar cemerlang yang memperoleh 10A dalam SPM. Mangsa dikatakan mengalami kemurungan sebelum ditemui mati.

3 Jun 2018

Seorang lelaki berumur 40 tahun, ditemui mati berhampiran tempat pembuangan sampah pangsapuri Templer kira-kira jam 11.57 malam dipercayai terjun dari pangsapuri itu. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (5 JUN 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.