Mesej Bonus Palsu, Beberapa Individu Buat Laporan Polis

SEREMBAN, 29 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti BN dan individu perseorangan membuat laporan di Balai Polis Sikamat di sini, pagi tadi susulan penyebaran maklumat palsu bonus rakyat Negeri Sembilan yang disebarkan diaplikasi Whatsapp sejak Ahad lalu.

Menerusi mesej yang disebarkan, rakyat negeri ini yang berumur 18 hingga 60 tahun boleh membuat permohonan sehingga Ahad ini bagi mendapatkan bonus berjumlah RM900 dengan membuka pautan dinyatakan.

Namun ia hanyalah palsu semata-mata kerana sebaik pautan itu dibuka, tertulis “Yes!kena tipu.haha”.

Antara yang membuat laporan ialah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 20 (Sikamat), Kelab Waris Anak Negeri Sembilan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jujur Sikamat dan Makkal Sakti.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 20 (Sikamat), Mohamad Ecbal Mohd Ismail berkata, maklumat palsu berkenaan bukan sahaja boleh mengundang persepsi negatif kepada kerajaan negeri tetapi juga menyusahkan rakyat.

“Saya buat laporan polis kerana mendapati mesej disebarkan ini tak betul dan seolah-olah mempersenda kerajaan negeri.

“Lagipun kawan-kawan saya pun ada bertanya mengenainya. Benda ini mungkin nampak remeh oleh sesetengah pihak, tapi bagi saya tindakan perlu diambil bagi mengesan siapa pelakunya,”katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (29 DISEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.