MDKP Akan Memantau Masalah Takungan Air Di Bazar Ramadan Melang

KUALA PILAH, 21 Mei – Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) akan melakukan pemantauan di tapak bazar Ramadan di Melang demi keselesaan peniaga dan pengunjung.

(Gambar atas) Luahan pengguna mengenai tapak bazar Ramadan di Melang.

Yang Dipertua MDKP, Syahrul Nizam Saleh sedia maklum, daerah ini dilanda musim hujan sekali gus memberi kesan kepada tapak baharu bazar tersebut.

“MDKP maklum masalah tersebut, di mana tapak itu berlaku becak dan takungan air di merata tempat setelah hujan berlaku. Ia mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan peniaga dan pengunjung kerana tapak itu belum diturap kerana kerja-kerja penurapan memerlukan kos tinggi,” katanya.

MDKP Akan Memantau Masalah Takungan Air Di Bazar Ramadan Melang MDKP Akan Memantau Masalah Takungan Air Di Bazar Ramadan Melang

Meskipun begitu, demi keselesaan pengunjung dan peniaga, MDKP akan hampar dan padatkan menggunakan ‘quarry dust’ atau abu batu di kawasan bertakung air.

“Buat masa ini, belum ada peruntukan dan langkah alternatif bagi mengurangkan becak, licin dan air bertakung. Kita guna quarry dust, selain meratakan kawasan itu.

“Pembukaan bazar baharu di dataran Melang sedikit sebanyak bantu pengunjung untuk beli juadah Ramadan di satu tempat berbanding dahulu perlu pergi dua tempat iaitu di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melang dan Pilah Perdana.

“Selain itu, tapak ini bersesuaian kerana disediakan parkir lebih luas berbanding kawasan dahulu yang agak sempit dan terhad,” katanya.

Ujarnya, MDKP akan pantau setiap hari untuk pastikan kawasan tersebut memudahkan semua pihak.

Terdahulu, beberapa peniaga dan pengunjung merungut dan kecewa di laman sosial Facebook Kuala Pilah Group kerana tapak itu dilihat tidak bersesuaian berbanding dua tapak bazar Ramadan tahun lalu.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (21 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.