Mari Jayakan Program WorldQuranHour Pada 7 Jun Ini

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 23 Mei – Jabatan Mufti negeri menyokong penuh penganjuran program World#QuranHour yang akan berlangsung secara serentak seluruh dunia pada 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, penganjuran program yang bermula jam 12 tengah hari itu sangat sesuai untuk menyatupadukan ummah dan merapatkan kembali ukhuwah lebih-lebih lagi selepas berakhirnya PRU14.

“Ini adalah masa paling sesuai untuk kita menyatupadukan masyarakat yang sebelum ini renggang akibat peralihan kuasa berlaku selepas PRU14 lalu, mungkin ada hikmah yang berlaku. Marilah kita bersama-sama dan turut serta dalam program World#QuranHour pada 7 Jun ini,” katanya ketika ditemui di Menara Majlis Agama Islam negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Rumah Ngaji negeri, Gharizah Hashim.

Tahun ini, di program World#QuranHour yang berlangsung selama satu jam akan diadakan di lokasi utama Masjid Hussein Seremban 2.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (23 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.