Lori Tergelongsor Rempuh 19 Kenderaan Parkir

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

NILAI, 12 Mac – Pemandu sebuah lori hanya mampu tergamam apabila lori yang dipakir menggelongsor lalu merempuh 19 buah kenderaan di kawasan luar kilang EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana tiada orang di lokasi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lori berkenaan yang berusia 31 tahun telah ke kilang terbabit dari Lumut, Perak untuk menghantar serbuk sawit.

Lori Tergelongsor Rempuh 19 Kenderaan Parkir

Keadaan sebuah lori yang menggelongsor dan merempuh 19 kenderaan, tengah hari tadi. FOTO – Sinar Harian

“Pemandu telah meletakkan lori di kawasan luar kilang dan terus pergi ke kantin untuk makan. Namun, lori itu secara tiba-tiba telah menggelongsor dan bergerak sendiri menghala ke arah parkir lalu merempuh 15 buah motosikal, sebuah lori dan tiga kenderaan pelbagai guna (MPV),” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (12 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.