Lelaki Maut Terjatuh Tebing

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

REMBAU, 4 Mac – Seorang lelaki terjatuh kira-kira 100 meter dari tebing selepas mencari air bagi keretanya yang rosak di kilometer 222.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang tadi.

(Gambar Atas) Mayat Jaharuddin dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 5.12 petang.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa ditemui oleh orang awam, Asri Sohnam, 47, yang membantu mencari mangsa selepas bimbang melihat tiga beranak perempuan di dalam kereta yang rosak di lorong kecemasan.

Mangsa, Jaharuddin Awang Chik, 56, ditemui maut di dalam longkang di bawah cerun di tepi lebuh raya berkenaan.

Asri berkata, dia pada mulanya ternampak tiga botol mineral bersepah sebelum ternampak mangsa yang dalam keadaan tertangkup di bawah cerun.

“Saya tengok dari jauh dan naik semula ke bahu jalan bagi meminta bantuan. Pada isteri arwah saya pesan padanya bersabar menunggu bantuan sebenar dan suaminya hanya mengalami kecederaan patah sahaja. Bagaimanapun, naluri isteri mungkin sudah merasai apa yang menimpa suaminya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid berkata, mayat mangsa yang di bawa naik ke bahu jalan dari cerun longkang telah diserahkan kepada pasukan polis.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (4 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.