Lelaki Maut, Motosikal Terbabas Ke Dalam Longkang

JEMPOL, 20 Jan – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 4, Jalan Batu Kikir – Guntur di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 52 tahun dan menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150i meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di laluan berselekoh di kawasan tersebut.

“Ketika kejadian mangsa yang dikatakan bekerja sebagai tukang rumah dalam perjalanan dari Batu kikir menghala Kampung Guntur Sawah Lebar. Mangsa cedera parah di kepala manakala motosikalnya remuk dalam kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika mengesahkan laporan sebentar tadi.

Sementara itu, insiden itu telah menyebabkan kesesakan jalan sekitar satu kilometer namun berjaya dikawal tidak lama kemudian.

SUMBER – Petikan berita daripada Utusan Online (20 Januari 2018 | 10:52 PM); Sinar Harian (20 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.