Larikan 6 Dulang Emas Dalam Masa 3 Minit

SEREMBAN, 4 Jan – Sekumpulan lapan perompak, seorang bersenjatakan senapang patah, melarikan sejumlah barang kemas dari sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah di Kemayan Square (Palm Mall), di sini, kira-kira jam 8.30 malam ini.

Larikan 6 Dulang Emas Dalam Masa 3 Minit

Sekumpulan perompak melarikan sejumlah barang kemas dari sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah di Kemayan Square, di Seremban, malam ini. – Foto Berita Harian

Difahamkan, kumpulan suspek yang memakai topi keledar penutup muka menyerbu premis berkenaan sambil mengacukan senjata api kepada pekerja serta pengawal keselamatan kedai.

Saksi yang enggan dikenali mendakwa, perompak kemudian memecahkan rak pameran kaca menggunakan tukul dan melarikan kira-kira enam dulang barang kemas.

Larikan 6 Dulang Emas Dalam Masa 3 Minit

Anggota polis memeriksa senjata yang dipercayai digunakan dalam rompakan. – Foto Berita Harian

“Ketika kejadian, tiada pelanggan di kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah dan berhampiran pintu masuk kompleks beli-belah. Suspek mengambil masa kira-kira tiga minit sebelum melarikan diri,” katanya di sini, malam ini.

Difahamkan, seorang daripada suspek meninggalkan selaras senapang patah tidak jauh dari kedai terbabit sebelum mereka melarikan diri menaiki motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, ketika ditemui di tempat kejadian berkata akan mengadakan sidang media esok.

Larikan 6 Dulang Emas Dalam Masa 3 Minit

Anggota polis memeriksa kesan rompakan di kedai emas di Kemayan Square atau Palm Mall, Seremban. – Foto Berita Harian

Larikan 6 Dulang Emas Dalam Masa 3 Minit

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (4 Januari 2018 | 11:50pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.