Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol

[KEMASKINI] JEMPOL 21 Julai – Seorang pemandu treler sempat melemparkan senyuman selepas selesai sebutan kes terhadapnya hari ini di Mahkamah Majistret Bahau dekat sini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga terlibat dalam kemalangan yang me­ngorbankan lapan individu termasuk enam sekeluarga yang rentung, Jun lalu.

Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol

Norzailan Omar, 44, yang belum diwakili peguam bela kelihatan tersenyum sambil menutup mulutnya apabila gambarnya dirakam kira-kira pukul 9.45 pagi.

Ketika prosiding, Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah memaklumkan laporan kes itu masih belum lengkap.

Di luar mahkamah, Wan Ahmad Hijrah memberitahu pemberita, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kimia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pada 15 Jun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Mengikut pertuduhan, Norzailan didakwa memandu tre­ler secara berbahaya tanpa mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalu lintas di jalan raya yang boleh dijangkakan atau mungkin ada di jalan itu sehingga menyebabkan lapan kematian di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol pada pukul 2.20 petang, 11 Jun lalu.

Mereka yang rentung ialah Wan Mohd. Fauzi Wan Ibrahim, 51; isterinya, Masnoraida M. Yusoff, 45, dan empat anak mereka, Wan Mohd. Muhaimin, 22, Wan Nur Athirah, 18, Wan Muhammad Ammar Ha­ziq, 13, dan Wan Nur Aleesya, 7.

Mangsa lain yang maut ialah pasangan suami isteri, Osman Mohamed Taip, 31, dan Rosniza Othman, 32.

FAKTA KEMALANGAN (Ahad, 11 Jun 2017): Nahas yang berlaku di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong telah menyebabkan lapan orang maut termasuk enam daripadanya rentung. Kemalangan kira-kira pukul 2.30 petang itu melibatkan sebuah lori treler 22 tayar, sebuah kenderaan pel­bagai guna (MPV) Proton Exora, sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah kereta Toyota Vios.

Dipercayai sebelum nahas itu berlaku, lori tersebut dari arah Keratong menuju ke Bahau sambil diekori Vios manakala Myvi dan Exora sedang bergerak dari arah bertentangan. Lori itu dipercayai cuba memotong sebuah motosikal membawa peti aiskrim tetapi tidak berjaya dan menekan brek menyebabkan ia hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Pada masa sama, Myvi dari arah Bahau menuju ke Keratong cuba mengelak dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Vios yang mengekori lori itu. Exora yang mengekori Myvi itu pula terbabas dan dihimpit lori berkenaan sebelum terbakar. Akibat daripada kemalangan itu, lapan mangsa disahkan maut dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan.

Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol Kes Kecuaian Pemandu Treler Yang Mengorbankan 8 Orang Dalam Nahas Jalanraya Di Jempol

Sumber – Utusan Online (22 Julai 2017 3:00 AM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.