Kes Dera: Nur Aina, Kau sentiasa dirindui..

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PORT DICKSON, 4 Feb – “Setiap hari sekolah, Aina akan menemani saya ke mana saja malah kami saling membantu dalam pembelajaran. Apabila dia sudah tiada, hidup saya terasa kosong,” kata Putri Aine Sofhylea Mohd Shahjehan, 9.

(Gambar Atas) Putri Aine menatap foto Nur Aina ketika ditemui di rumahnya di Bandar Springhill, hari ini. – FOTO Port Dickson

Putri Aine Sofhylea adalah rakan sekelas Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah yang meninggal dunia, Khamis lalu dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tiri di Taman Vista Jaya, Lukut, di sini.

Putri Aine berkata, dia hanya tahu rakan baiknya meninggal dunia apabila diberitahu guru ketika dia datang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lukut, di sini, Jumaat lalu.

“Saya sedih, sebak dan hanya mampu menangis. Sepanjang tiga tahun kami sekelas, dia adalah kawan baik dan duduk bersebelahan,” katanya ditemui di rumahnya di Bandar Springhill, di sini, hari ini.

Katanya, dia tidak dapat memberi tumpuan ketika guru mengajar berikutan teringat pada Nur Aina dan hanya memandang tempat duduknya.

“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah Isnin minggu lalu dan selepas itu dia tidak datang ke sekolah. Ketika waktu rehat arwah seperti mahu mengadu sesuatu namun perkataan itu tidak terucap,” katanya.

Nur Aina juga kerap memegang tangannya namun apabila ditanya kenapa, dia hanya mendiamkan diri.

“Saya memandang wajah Nur Aina dan dia kelihatan begitu takut. Sebelum pulang dari sekolah, dia memeluk erat saya sebelum menangis sekuat hati,” katanya mengalirkan air mata.

Putri Aine Sofhylea berkata, dia tidak menyangka rakan baiknya meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan apabila didera bapa kandung sendiri.

“Biarpun kami tinggal di taman berdekatan, selepas waktu sekolah kami tidak pernah bertemu untuk beriadah. Nur Aina ada beritahu dia tidak boleh keluar kerana perlu berada di rumah,” katanya.

Menurut Putri Aine, arwah seorang anak yang baik kerana tidak bercerita buruk mengenai keluarganya. Malah apabila ditanya kesan lebam pada muka, dia memberitahu terjatuh

“Saya kehilangan kawan yang sangat baik, malah semua rakan sekelas sedih. Kalau boleh saya tak mahu ada murid lain duduk di sebelah saya kerana meja dan kerusi ini milik Nur Aina,” katanya.

Sementara itu ibu Putri Aine, Fazidah Mat Saad, 42, berkata selepas kematian Nur Aina, anaknya setiap hari menangis termasuk waktu malam berikutan terlalu merindui sahabatnya itu.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (4 Februari 2018 | 3:09pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.