Kerajaan Negeri Sembilan Tolak Penggunaan Sistem Yang Boleh Menyusahkan Rakyat

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN 6 Sept. – Kerajaan negeri tidak akan membenarkan pelaksanaan sesuatu sistem yang mungkin canggih daripada segi teknologi tetapi menyusahkan orang ramai menggunakannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun sistem berkenaan telah terbukti berkesan diguna pakai oleh negara maju namun ia tidak semestinya sesuai dilaksanakan di sini.

Beliau berkata, sistem yang hendak diperkenalkan di sini mesti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pelaksana dan pengguna.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah menolak cadangan awal pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini yang hendak memperkenalkan sistem caj letak kereta menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Cadangan itu bagus di atas kertas tetapi sukar dilaksanakan kerana ia akan mendatangkan kesusahan kepada orang ramai kerana bukan semua pengguna kenderaan mempunyai kemudahan seperti telefon pintar,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak bimbang mengenai kehilangan pendapatan oleh PBT akibat tidak dapat mengutip bayaran letak kereta yang tertangguh sejak beberapa bulan lalu.

Jelasnya, ia lebih bimbang sistem yang hendak dilaksanakan itu mendatangkan kemarahan orang ramai kerana menyusahkan mereka kerana perlu memiliki aplikasi ICT.

Dato Sri Mohamad Hasan memberitahu, beliau telah mengarahkan PBT untuk menilai beberapa cadangan lain berkaitan perkara itu dan membentangkannya kepada kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan.

“Sementara itu, pengguna boleh menikmati kemudahan letak kereta secara percuma sehingga satu keputusan lain dibuat,” ujarnya.

Sumber – Utusan Online (06 September 2017 | 3:50 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.