Kerajaan Baru NS Hormati Kontrak Pengerusi JKKK Sekarang

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

REMBAU, 17 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan menghormati kontrak kesemua Pengerusi JKKK yang dibuat serta ditandatangani sebelum ini.

(Gambar atas) Aminuddin (dua, kanan) beramah-mesra dengan ketua-ketua jabatan yang hadir di peringkat daerah sempena Majlis Santai Ngeteh di Parkir Bazar Mara Chembong, semalam.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kesemua yang masih lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKK berkenaan diharap dapat meneruskan perkhidmatan demi masyarakat setempat.

Menurutnya, dia mengalu-alukan kerjasama dari semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung sedia ada untuk meneruskan perkhidmatan walaupun sedar mempunyai fahaman politik yang berlainan.

“Kita (Kerajaan Negeri) masih menghormati kontrak sedia ada sehingga tarikh tamat yang dijangka pada Jun atau Julai ini.

“Kita harap agar ketua kampung ini janganlah risau atau gundah gulana. Kita masih ada transisi yang baik dan akan teruskan sehingga tamat tempoh kontrak mereka.

“Kita tak pecat hari ini dan berharap semuanya (Pengerusi JKKK) bertenang,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Santai Ngeteh di Parkir Bazar MARA Chembong di sini, semalam.

Sementara itu, Aminuddin dalam ucapannya memberi jaminan untuk melantik Pengerusi JKKK yang mampu bekerja lebih baik bagi sama-sama membawa agenda memajukan masyarakat di negeri ini.

“Sesiapa yang dilantik diharap dapat kerja lebih kuat dari dulu,” katanya.

Turut hadir, Ketua PKR Cabang Rembau, Yusuf Tapar dan Pegawai Daerah Rembau, Amino Agos Suyob.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian (17 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.