Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

BAHAU merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia terletak 11 km dari Bandar Seri Jempol dan 24 km dari Kuala Pilah. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor pertanian, diikuti sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Lokasi Bahau dalam Daerah Jempol, Negeri Sembilan

Bahau dikatakan mendapat namanya daripada bahasa Mandarin yang bermaksud ‘Mulut Kuda’. Berdekatan dengan Bahau terdapat sebuah Kampung yang dikenali sebagai Mahsan. Dalam bahasa Kantonis bermaksud ‘Badan Kuda’. Sebutan ini semua terbit semasa kedatangan orang Cina ke kawasan ini semasa penjajahan British.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Marcu tanda Jempol yang terdapat di Bulantan Bandar Bahau

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Gambar yang sama ini diambil semasa pengishtiharan Daerah Jempol oleh DYMM Yg Di Pertuan Besar Almarhum Tuanku Jaafar.

Penempatan awal berdekatan dengan Bahau bermula disepanjang kawasan yang berdekatan dengan ‘Denai Penarikan’. Denai Penarikan merupakan laluan yang diwujudkan oleh penduduk awal disitu menghubungkan Muar, Johor di Pantai Barat (Sungai Muar) dan Pekan, Pahang di Pantai Timur (Sungai Serting ke Sungai Pahang). ‘Denai Penarikan’ atau ‘Laluan Menarik’ adalah laluan tanah di mana para pedagang dikehendaki menarik bot atau sampan mereka melintasi tanah dari Sungai Muar yang mengalir ke barat ke Sungai Serting yang mengalir ke arah timur.

Walaubagaimanapun Bahau tidak berkembang sehinggalah kedatangan peneroka Cina yang bergerak ke pedalaman untuk mencari bijih timah. Penduduk Cina ini kemudiannya mendirikan bandar Bahau dan Mahsan yang berdekatan. Ekonomi pada waktu berkembang hasil daripada aktiviti perladangan getah dan kelapa sawit serta industri perkayuan.

BAHAU MENERIMA KEDATANGAN PENDUDUK EURASIA, SINGAPURA

Semasa Perang Dunia ke-2 iaitu zaman pendudukan Jepun, Bahau juga telah menerima kedatangan penduduk dari Singapura yang berketurunan Eurasia (Berdarah pan campuran Asia dan Eropah). Ia berikutan pada waktu itu, Singapura terlalu sesak akibat penduduk yang ramai serta menghadapi masalah bekalan makanan yang sangat kritikal.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Petikan berita daripada akhbar Jepun di Singapura

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Peta penempatan pendatang Eurasia di Bahau

Pemerintah Jepun telah mengambil keputusan untuk memindahkan sebahagian penduduknya ke Johor dan Negeri Sembilan untuk mengatasi masalah tersebut. Akibatnya sebahagian penduduk berketurunan Cina dipindahkan ke Endau, Johor manakala penduduk yang berketurnan Eurasian dipindahkan ke Bahau, Negeri Sembilan.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Gambar-gambar pendatang Eurasia yang bekerja mengusahakan tanah pertanian di Bahau.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Dikatakan seramai 300 keluarga Eurasia dari Syonan-To (Singapura) pernah mentap disini. Kebanyakan mereka dihantar untuk mengusahakan kawasan pertanian sebagai bekalan makanan Jepun dan mereka sendiri. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan makanan terhadap Singapura yang mengalami krisis yang teruk pada ketika itu.

Walaubagaimanapun agak malang buat mereka kerana ada diantaranya tidak berjaya mengusahakan sebaiknya kawasan pertanian disini. Ini kerana ramai pendatang ini adalah dari golongan kelas pertengahan yang rata-rata tidak mengtahui pasal pertanian. Ada juga dariapda mereka mendapat kawasan pertanian yang tidak subur dan tidak sesuai tanaman. Dan yang paling ketara, ramai mereka mati akibat serangan wabak ‘Malaria’. Dikatakan lebih daripada 500 orang telah terkorban akibat daripada wabak itu.

Projek penempatan ini akhirnya dimansuhkan setelah British memerintah semula di Tanah Melayu. Kebanyakan mereka dihantar pulang semula ke Singapura. Bahau juga diklasifikasikan oleh British sebagai ‘kem pelarian’ pada ketika itu.

LAGENDA NAGA DI BUKIT TAISHO

Terdapat lagenda menarik tentang Bahau sewaktu dalam jajahan British dahulu. Bandar ini sangat kaya dan makmur dan kebanyakan penduduknya menjadi jutawan kerana pelbagai aktiviti termasuklah memenangi loteri yang berjumlah berjuta ringgit.

Kemakmuran Bahau menimbulkan rasa iri hati orang-orang Inggeris. Maka mereka mula menyiasat faktor kemakmuran bandar ini. Hasil dari siasatan, mereka mendapati banjaran bukit yang menjadi tulang-belakang bandar ini adalah berbentuk naga yang gagah dan berkuasa dikenali sebagai Bukit Taiso. Mereka juga turut mempercayai Feng-Shui dan yakin bahawa bukit Taisolah yang mendorong kemakmuran bandar ini.

Bagi menyekat kemakmuran Bahau, maka penjajah British menggunakan nama pembangunan untuk meratakan bukit di bahagian kepala naga tersebut dan membina sebuah petempatan estet dibina. Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat, mereka telah menanam sebatang tiang besi sepanjang beratus-ratus kaki ke bahagian tulang belakang naga tersebut.

Keadaan ini bolehlah kita gambarkan seolah-olah seekor naga yang dipaku tulang belakangnya di muka bumi ini dan membataskan pergerakan naga tersebut. Tidak cukup dengan itu mereka mendirikan balai polis di bahagian perut naga tersebut. Mengikut ‘Feng-Shui’ masyarakat Cina, kuasa yang dipunyai oleh Balai Polis mampu menundukkan kuasa naga.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Bukit Taisho, Bahau yang dikatakan ada cerita mitos disebaliknya.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Denai laluan ke puncak Bukit Taisho

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

pemandangan di puncak Bukit Taisho

Sama ada cerita ini adalah hanya mitos atau kebenaran, tiada siapa yang dapat memberi kepastian. Namun begitu, di puncak bukit tersebut, masih tertanam kuat sebatang tiang besi di atas puncak bukit.

Jika kita fikirkan secara logik, mengapa pihak British sanggup mengorbankan wang ringgit mereka malahan tenaga dan masa hanya untuk menanam sebatang tiang besi tanpa tujuan dan keuntungan kepada mereka? Fikirkan pula berapa ramai pekerja yang perlu dikumpulkan dan teknologi serta peralatan yang diperlukan untuk menanam tiang ini. Sedangkan kita tahu sikap penjajah seperti British yang hanya bertindak apabila keadaan itu akan memberi keuntungan kepada mereka.

PEMBANGUNAN BAHAU PADA MASA KINI

Sumber utama pendapatan bandar Bahau adalah industri perkayuan yang telah menyumbang kepada pertumbuhan bandar sejak beberapa dekad yang lalu. Penanaman kelapa sawit dan getah juga memberi impak besar kepada ekonomi bandar sehingga ke hari ini, estet terkenal di bandar ini seperti kumpulan IOI, Sime Darby (Golden Hope), KLK dan pemegang kecil mempercepatkan pertumbuhan sektor perladangan di kawasan Bahau ini.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Suatu tempat di Bandar Bahau

Di samping itu, kewujudan kawasan perindustrian Bahau yang terletak berhampiran Taman Kwang Hup serta Stesen Keret Api Bahau merancakkan lagi perkembagan ekonomi di bandar ini. Banyak Kedai bengkel, mekanik, alat ganti dan aksesori kereta menguasai perniagaan di bandar disebabkan perdagangan kayu yang berkembang pesat di sekitar kawasan tersebut. Kebanyakan treler atau lori kebiasaannya akan ke bandar untuk untuk membaiki kenderaan mereka.

Pusar bandar bahau terletak di deretan kedai-kedai lama yang dibina sejak sebelum zaman perang lagi. Ia lebih dikenali sebagai ‘Jalan Utama’ atau ‘Jalan Besar’ bagi penduduk setempat. Terdapat juga kawasan komersial baru yang dibina berdekatan dengan bandar ini antaranya seperti ‘Upwell’, Cafe dan Restorn, Econsave dan sebagainya.

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Stesen Bas Bahau sekarang

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Stesen Bas Bahau dahulu

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Stesen Keretapi Bahau sekarang

Kenali Bahau Dan Sejarah Disebalik Pembangunannya

Stesen Keretapi Bahau dahulu

[Artikel Berkaitan: Asal Usul Nama Jempol Dan Sempadan Kawasan]

SUMBER – Wikia (BAHAU); mothership.sg; icolekessler.wordpress.com (The Bahau Settlement & The Mystery That Surrounds It); cari.com.my (Lagenda Bahau by Ajoi); www.nlb.gov.sg (Bahau: A Utopia That Went Awry); maarofkassim.com.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.