JKM Beri Penjelasan Isu Pemegang Kad OKU Tidak Terima Bantuan

KUALA PILAH, 14 Jan – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius pandangan dan pertanyaan seorang individu berhubung dakwaan tiada bantuan untuk adiknya, yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) di laman Facebook.

Kenyataan individu berhubung kes adiknya tidak menerima bantuan JKM meskipun memiliki kad OKU yang diluahkan di media sosial.

Pegawai JKM Kuala Pilah, Mohamad Affendy Mat Sani berkata, individu itu diminta memberikan kerjasama dengan tampil di kaunter Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Pilah, atau mana-mana kaunter JKM berhampiran untuk mendapat maklum balas dari pihaknya.

“Sesiapa sahaja boleh berbuat demikian atau menghubungi PKMD Kuala Pilah di talian 06-4811163.

“Mungkin ada berlaku kekeliruan berhubung bantuan kepada pemegang kad OKU. Kita bersedia menawarkan perkhidmatan untuk bantu golongan memerlukan.

“Pada masa sama, kita sentiasa perbaiki mutu perkhidmatan demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang individu yang menyatakan adiknya tidak mendapat bantuan meskipun memiliki kad OKU.

Dalam kenyataan individu di Facebook menyatakan, adiknya adalah pemegang kad OKU tetapi tidak menerima bantuan JKM.

Individu itu turut menjelaskan, sebelum ini adiknya menerima bantuan JKM tetapi didakwa telah dipotong dengan alasan sedang mengemas kini data.

Bagaimanapun, sehingga kini bantuan itu tidak diperoleh malah individu itu turut mempersoalkan pemegang kad OKU ada memiliki bantuan atau elaun sewajarnya.

Bukan itu sahaja, individu itu juga mendakwa kakitangan JKM hanya melaksanakan tugas tanpa penilaian teliti hingga beberapa golongan memerlukan serta pemegang OKU terlepas pandang daripada menerima bantuan.

Sementara itu, isu ini turut mendapat perhatian Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga merangkap Adun Pilah, Datuk Norhayati Omar.

Beliau berkata, setiap Khamis seorang pegawai JKM akan ditempatkan di setiap pusat khidmat masyarakat Dun seluruh Negeri Sembilan bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Tujuannya untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai selain beri kemudahan untuk bertemu dengan JKM secara berpusat di kawasan tersebut. Berkaitan isu bantuan JKM yang dipersoalkan individu itu, saya menawarkan khidmat untuk buka ruang khas Khamis ini (15 Februari) jam 2 petang hingga 5 petang Pusat Khidmat Dun Pilah.

“Saya, pegawai JKM dan Baitulmal akan beri laluan khas kepada orang ramai untuk beri khidmat penerangan, serta bantuan berkaitan yang diperlukan,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (14 FEBRUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.