JKKK Boleh Jalankan Tugas Seperti Biasa

KUALA PILAH, 16 Mei – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masih perlu melaksanakan tanggungjawab seperti sedia ada sehingga ada keputusan daripada Kerajaan Negeri.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh, menekankan status itu meskipun telah beralih kepada kerajaan baharu.

“Buat masa ini, kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pengerusi JKKK dan status mereka masih kekal seperti sedia ada, malahan tempoh pelantikan JKKK sehingga 30 Jun 2018.

“Maka, laksanakan tugas seperti biasa dan jika ada kenyataan baharu dari kerajaan negeri, akan dimaklumkan segera,” katanya.

Beliau mengulas kedudukan Pengerusi JKKK setelah kerajaan negeri bertukar kepimpinan baharu apabila Pakatan Harapan (Harapan) memenangi 20 kerusi Dun pada PRU14 sekali gus berjaya membentuk kerajaan.

Terdahulu, Sinar Harian pernah menyiarkan kenyataan Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Negeri Sembilan, Zubir Jamal yang meminta semua pengerusi JKKK melaksanakan tugas serta peranan masing-masing terutama dalam menjaga masyarakat di perkampungan termasuk kemudahan asas masyarakat setempat.

“Saya harap semua ketua kampung dapat pegang amanah jalankan tanggungjawab seperti biasa.

“Turut menjaga kemudahan balai raya sebaik mungkin dan jalankan tanggungjawab mereka sehingga tauliah mereka tamat pada Jun ini ataupun sehingga kerajaan baharu yang mengambil alih mengeluarkan pengumuman baru.

“Buat masa ini, bertenang dan jalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (16 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.