Jempol Dinaik Taraf Jadi Majlis Perbandaran

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

JEMPOL, 16 April — Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Jempol dalam masa terdekat.

(Gambar atas) Datuk Seri Mohamad Hasan menunjukkan logo Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), 16 April 2018. — Foto Bernama

Menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan ​berkata pada Januari lalu, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah meluluskan kebenaran untuk menaik taraf status bandar berkenaan.

“Jempol menepati ciri-ciri dan ketetapan untuk dinaik taraf antaranya penduduk mesti melebihi 150,000 orang dan pelbagai kriteria lain dipenuhi,” katanya ketika berucap pada pra-pelancaran Majlis Perbandaran Jempol di sini, semalam.

Turut hadir pengerusi Barisan Nasional Jempol Datuk Mohd Salim Sharif dan yang dipertua Majlis Daerah Jempol Datuk Zazali Salehudin.

Mohamad berkata langkah menaik taraf itu akan dapat memberi manfaat lebih banyak kepada rakyat kerana sesuai dengan statusnya sebagai majlis perbandaran, dan lebih banyak peruntukan dapat disalurkan.

Majlis Daerah Jempol ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 selepas proses persempadanan semula bahagian Kuala Pilah.

Proses persempadanan semula itu mewujudkan sebuah daerah baharu yang dikenali sebagai daerah Jempol, yang sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil, dan terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah.

Secara umumnya, daerah Jempol bersempadan dengan daerah Bera, Pahang di utara, daerah Jelebu di barat daya, daerah Kuala Pilah di sebelah barat, daerah Tampin di selatan dan daerah Segamat, Johor di sebelah tenggara.

Jempol adalah daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277,31 hektar, dan terdiri daripada lima wilayah (mukim) iaitu Serting Hilir, Serting Ulu, Kuala Jempol, Jelai dan Rompin.

SUMBER – Petikan berita daripada Bernama (16/04/2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.