JAS Sahkan Kualiti Air Sungai Teriang & Sungai Kenaboi Tak Tercemar

JELEBU. 16 Feb – Penduduk tidak perlu risau dengan kualiti air Sungai Teriang dan Sungai Kenaboi yang didakwa tercemar dipercayai daripada sebuah kilang getah, di sini.

JAS Sahkan Kualiti Air Sungai Teriang & Sungai Kenaboi Tak Tercemar

Keadaan air sungai yang didakwa tercemar. FOTO – Sinar Harian

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Norhazni Mat Sari berkata, siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan pihaknya setakat ini pada kualiti air sungai di hilir kawasan kilang, berada dalam keadaan baik iaitu mencatatkan bacaan kelas dua.

“Pencemaran memang berlaku, tapi ia telah diuraikan dan warna air sungai itu tidak lagi berwarna hitam seperti yang dikongsi netizen di laman sosial. Jadi, saya nasihatkan orang ramai supaya jangan buat tanggapan awal kerana JAS masih jalankan siasatan kepada kilang getah dan akan melakukan pemantauan berterusan selain melihat kawasan sekitar,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil jika ada bukti pelepasan bahan tercemar dari kilang terbabit.

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook mendakwa pencemaran sungai di Kuala Kenaboi antara Sungai Teriang dan Sungai Kenaboi berpunca daripada sisa buangan toksik oleh sebuah kilang getah berhampiran dengan muka sauk Petaseh, di sini.

“Air mentah daripada muka sauk ini dipam ke Seremban iaitu ke Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi, Pantai di Seremban. Tindakan kilang ini membuang sisa toksik ke sungai ini sebenarnya telah lama berlaku dan kini bukti kukuh telah diperolehi,” tulis Facebook berkenaan.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (16 FEBRUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.