Jamin Suara Pembangkang Tidak Diketepikan – MB Negeri Sembilan

KUALA PILAH, 12 Mei – Menteri Besar Negeri Sembilan ke-8, Aminuddin Harun memberi jaminan bahawa suara pembangkang akan sama didengari dan diambil perhatian di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini kerana kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) berazam untuk mentadbir negeri itu berteraskan rakyat, tidak kira suara mereka dibawakan oleh wakil daripada wakil pembangkang.

Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin berkata, suara dan pandangan selaku pembangkang ketika itu sering tidak diambil perhatian kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Saya dah rasakannya selama dua penggal, cukup memeritkan.

erdahulu, beliau mengangkat sumpah taat setia jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti.

Selain itu, Aminuddin turut mengiktiraf dan berterima kasih dengan pencapaian cemerlang pentadbiran kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang banyak membangunkan negeri itu.

“Polisi permit perniagaan percuma, projek-projek yang berjalan di negeri ini, semuanya kita akan lihat semula.

“Mana yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negeri, kita akan teruskan malah ditambah baik,” tegasnya.

PH melakar sejarah apabila buat kali pertama membentuk kerajaan negeri apabila menang 20 daripada 36 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Aminuddin yang merupakan Pengerusi PH Negeri Sembilan diangkat sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas dipersetujui komponen pakatan negeri itu dan diperkenan oleh Tuanku Muhriz.

SUMBER – Petikan berita daripada Astro Awani (Mei 12, 2018 | 17:18 MYT)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.