Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Tanah Melayu yang terletak di tengah-tengah laluan maritim utama di Asia telah lama membentuk sejarah perdagangan dan pembinaan empayar di rantau ini. Sehingga kini, Selat Melaka dan Selat Singapura disanjung sebagai dua selat bagi pelayaran antarabangsa yang paling penting di dunia dalam menjana ekonomi global.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Jauh di dalam belantara Tanah Melayu dan tersembunyi 116 kilometer jauhnya dari persisiran Selat Melaka, letaknya ‘Jalan Penarikan’, laluan darat menerusi jalan sungai yang diterokai sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Jalan Penarikan yang menghubungkan sungai-sungai utama.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Laluan yang dipercayai sebagai Jalan Penarikan

Jalan penarikan ini menghubungkan dua batang sungai iaitu Sungai Serting di sebelah utara dan Sungai Jempol di Selatan. Kedua-duanya terletak di dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan. Jarak terdekat antara kedua-dua sungai utama ini ialah 600 meter. Maka disinilah yang dikatakannya sebagai Jalan Penarikan.

SEJARAH JALAN PENARIKAN

Para pedagang dahulu yang ingin melalui Jalan Penarikan harus memudiki Sungai Muar (jika dari Pantai Barat), kemudian Sungai Jempol hingga ke pengkalan di Kampung Bukit Laka sekarang. Dari pengkalan itu, perahu-perahu akan ditarik melintasi kawasan daratan sehinggalah ke pengkalan yang terletak di Sungai Serting. Dari pengkalan ini perahu-perahu menghilir ke Sungai Serting, masuk ke Sungai Bera dan akhir sekali ke Sungai Pahang hingga sampai ke kuala iaitu bandar di Pekan, Pahang sekarang.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Perbuatan ‘MENARIK‘ perahu yang dilakukan sepanjang 600 meter itu menyebabkan laluan tersebut dinamakan sebagai Jalan Penarikan.

Walaubagaimanapun, tiada catatan sejarah yang kukuh mencatat bilakah Jalan Penarikan diterokai. Adapun hanya disebut daripada buku atau dokumen lain secara kebetulan. Namun begitu, Jalan Penarikan dikatakan telah digunakan oleh pedagang-pedagang mahupun pergerakan tentera sejak zaman kerajaan Langkasuka (Abad Pertama Masihi) serta zaman kerajaan Majapahit (Abad ke-13 & ke-14 Masihi) lagi.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Lokasi pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol.

Berdasarkan cerita orang terdahulu, orang Siam pernah cuba untuk menggali satu terusan menghubungkan Sungai Serting dan Sungai Jempol supaya mereka tidak perlu menarik lagi perahu diatas daratan. Walauabgaimanapun, usaha tersebut terbantut kerana hampir kesemua mereka yang menggali terusan itu mati disebabkan oleh sejenis penyakit yang tidak diketahui. Sehingga kini, kesan terusan yang digali masih ketara di tebing Utara Sungai Jempol dimana bermulanya tempat bagi Jalan Penarikan itu.

Pada 1613 satu peta tentang Jalan Penarikan telah dibuat oleh seorang pengembara Portugis bernama Godinho de Eredia (walaupun ada mengatakan peta Jalan Penarikan ini dibuat pada tahun 1598). Dikatakan laluan ini mengambil masa selama 6 hari untuk sampai ke Pekan dari Muar melalui Sungai Muar (Rio De Muar) – Sungai Jempol – Jalan Penarikan – Sungai Serting – Sungai Bera – Sungai Pahang (Rio De Pam).

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Peta yang dilakarkan oleh Willem Lodewycksz pada tahun 1598 Masihi. Peta ini menggambarkan laluan ini seperti sebuah terusan yang memanjang dari Muar hingga ke Pahang.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Dikatakan peta ini dilakarkan oleh Ignazio Danti pada tahun 1572 Masihi.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Dilakarkan oleh Jodocus Hondius pada tahun 1606 Masihi.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Peta yang dilakarkan oleh Theodor de Bry pada tahun 1598 Masihi.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Peta yang dilakarkan oleh Godinho de Eredia pada tahun 1602 Masihi.

LALUAN PERDAGANGAN UTAMA

Kepentingan Jalan Penarikan sebagai laluan perdagangan yang menghubungkan semenanjung barat dan timur memang tidak asing lagi. Banyak pedagang-pedangang terutamanya dari Tanah Arab dan India menggunakan laluan ini sebagai alternatif ke Laut China Selatan tanpa perlu mengelilingi Tanah Melayu menerusi Selat Melaka dan Selat Singapura.

Ini kerana laluan disepanjang Selat Melaka amat berbahaya dilalui terutamanya di bahagian selatan Selat Melaka yang mengunjur ke arah Selat Singapura yang sering berlaku ancaman lanun.

Pada waktu itu, serangan-serangan lanun sering berlaku di kawasan berdekatan pulau berhampiran dengan Singapura, Pulau Sentosa yang dahulunya pernah dikenali sebagai Pulau Belakang Mati.

Pulau Kukup yang terletak berdekatan Pekan Kukup di Johor, pernah menjadi sarang lanun, dipercayai mendapatkan namanya dari perkataan Melayu ‘gugup’, menggambarkan betapa gugupnya pelayar-pelayar ketika mereka melayari laluan berbahaya ini suatu ketika dahulu.

Sebagai jalan utama menghubungkan barat dan timur, Jalan Penarikan pernah menjadi sebuah laluan yang sarat dengan aktiviti perdagangan. Walaupun kini sulit untuk membayangkan sungai-sungai di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia boleh dimudiki kapal-kapal besar, sungai-sungai ini dahulunya mempunyai kedalaman 6-9 meter, sesuai dimudiki kapal-kapal.

Akan tetapi, oleh kerana proses urbanisasi, pembalakan dan pembersihan hutan, sungai-sungai di kawasan Jalan Penarikan kini telah banyak yang berkelodak dan kini hanya berkedalaman 1.5 meter sahaja.

LALUAN KETENTERAAN

Selain menjadi laluan utama untuk perdagangan, Jalan Penarikan juga penting dalam usaha penjajahan dan pengembangan empayar kerajaan-kerajaan serantau.

Jalan Penarikan pernah ditempuh oleh bala tentera Srivijaya sewaktu kerajaan ini mengembangkan wilayahnya ke Tanah Melayu dalam usaha mereka menyebarkan agama Buddha. Apabila Melaka muncul di puncak kegemilangan, ianya telah digunakan oleh kesultanan ini bukan sahaja sebagai laluan perdagangan, tetapi juga sebagai medium dalam pengembangan agama Islam.

Siam dipercayai telah menggunakan laluan ini di dalam ekspedisi ketenteraannya menentang Kesultanan Melaka. Fakta sejarah ini diperkukuhkan menerusi penemuan kesan terusan yang digali ditebing Utara Sungai Jempol serta batu nisan seorang panglima Siam bertahun 1265, memungkinkan bahawa Melaka telah wujud lebih awal dari tahun 1400. Malah, Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia (IKSEP) berpendapat bahawa Melaka mungkin ditubuhkan pada tahun 1262 lagi.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Laluan yang dipercayai sebagai Jalan Penarikan

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

PERISTIWA BERSEJARAH

Selain daripada laluan perdagangan dan ketenteraan. Pelbagai peristiwa sejarah menarik pernah berlaku disini. Antaranya ialah dikatakan Hang Tuah pernah melalui Jalan Penarikan ini ketika misi membawa pulang Tun Teja dari Pahang ke Melaka pada zaman kegemilangan empayar Melaka.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Laluan yang dipercayai bermulanya Jalan Penarikan di Sungai Jempol yang ditarik hingga ke Sungai Serting.

Dalam Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang pula menyatakan kawasan ini menjadi laluan pemerintah kerajaan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah untuk berundur ke Pahang setelah tewas kepada Portugis pada tahun 1511.

Semasa kebangkitan Mat Kilau menentang penjajahan British di Pahang. Beliau mendapat sokongan bukan sahaja orang Melayu dalam negeri Pahang bahkan dari Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Dikatakan Jalan Penarikan ini lah kerap digunakan oleh Mat Kilau untuk mendapatkan bantuan dan sokongan dari Negeri Sembilan. Selain itu pejuang pejuang Melayu juga turut menggunakan Jalan Penarikan ini ke Pahang bagi membantu perjuangan Mat Kilau dan Dato’ Bahaman menentang British.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Istana Serting yang berhampiran dengan laluan di Jalan Penarikan.

JALAN PENARIKAN KINI

Sebagai jalan utama menghubungkan barat dan timur, Jalan Penarikan pernah menjadi sebuah laluan yang sarat dengan aktiviti perdagangan. Walaupun kini sulit untuk membayangkan sungai-sungai di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia boleh dimudiki kapal-kapal besar, sungai-sungai ini dahulunya mempunyai kedalaman 6-9 meter, sesuai dimudiki kapal-kapal.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Laluan yang dipercayai Jalan Penarikan di kawasan Ladang Kelapa Sawit berhampiran dengan Istana Serting.

Akan tetapi, oleh kerana proses urbanisasi, pembalakan dan pembersihan hutan, sungai-sungai di kawasan Jalan Penarikan kini telah banyak yang berkelodak dan kini hanya berkedalaman 1.5 meter sahaja.

Sewaktu zaman pemerintahan British, jalan-jalan raya dan landasan keretapi mula dibina menghubungkan pekan-pekan dan bandar-bandar di pantai barat dan pantai timur Tanah Melayu. Jalan raya yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuantan, dikenali sebagai Laluan Persekutan 2 sepanjang 276 kilometer dibina pada tahun 1915 dan siap sepenuhnya pada tahun 1959, 2 tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Jalan Penarikan Di Jempol, Laluan Sejarah Terpenting Suatu Ketika Dahulu

Terdapat kubur-kubur lama disekitar laluan di Jalan Penarikan (berhampiran Istana Serting).

Malaysia mengalami proses modernisasi yang berterusan sejak kemerdekaan dan ini bermakna pengangkutan keretapi dan kenderaan bermotor telah mengambil alih fungsi sungai-sungai sebagai nadi pengangkutan utama. Secara perlahan, Jalan Penarikan makin diabaikan dan akhirnya dibiarkan dimamah zaman.

KESIMPULAN

Selama tidak kurang 7 Abad lamanya, Jalan Penarikan ini memberi sumbangan kepada sejarah perkembangan dan pembangunan tanah air ini maka tidak wajar masyarakat hari ini melupakannya. Kemasyuran Jalan Penarikan ini tidak kurang terkenalnya seperti laluan-laluan bersejarah yang terdapat di dunia ini seperti Laluan Nabi Muhammad (SAW) di Eden, Jalan Lama Roman di England ataupun Laluan Sutera di Benua Asia.

Ia merupakan jalan penghubung pertama timur-barat di Tanah Melayu ratusan tahun sebelum wujudnya Lebuhraya Karak. Sungguhpun mempunyai reputasi yang hebat di zaman silam, Jalan Penarikan tidak lagi diendahkan.

Kebanyakan rakyat Malaysia sangat mengenali tinggalan penjajah seperti tapak warisan dunia UNESCO di Georgetown, Kota A’ Famosa, Gedung Stadhuys Melaka dan Bangunan Sultan Abdul Saman – kesemuanya dibangunkan oleh penjajah Barat, bukannya oleh orang-orang Melayu dan masyarakat tempatan.

Jalan Penarikan, walaubagaimanapun, telah diterokai dan ditemukan oleh peneroka Melayu dan sepatutnya diangkat sebagai lambang kebanggaan negara – suatu simbol kegemilangan pelaut dan peneroka Melayu yang berusaha menemukan jalan paling singkat menghubungkan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Agak menyedihkan sekiranya rakyat Malaysia lebih peka dengan tinggalan penguasa Eropah di negara ini tanpa menyedari kebijaksaan orang-orang kita di masa lampau dalam bidang pelayaran dan penerokaan.

Sejarah ditulis oleh pihak-pihak yang memegang kuasa dan kini, kita tidak lagi diperintah oleh penjajah Barat. Tiba masanya untuk kita mengambil alih tampuk utama dalam penulisan sejarah negara berlandaskan kekuatan bangsa bagi membina jati diri yang lebih utuh di kalangan generasi muda untuk membina Malaysia yang lebih kukuh, kuat dan bersatu.

SUMBER – Majalah Warisan (Jalan Penarikan Laluan Sejarah Di Jempol); faizamer.com (Sejarah Jalan Penarikan, May 25, 2017); kosmo.com.my (Laluan Tertua di Semenanjung Malaysia, 09 Disember 2017); astroawani.com (Jalan Penarikan: Warisan negara yang diabaikan, Disember 02, 2016); FB Mansor Sarip (29 April 2015); Saufy Jauhary (18 January 2016).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.