Jabatan Perhutanan Negeri Nafi Kerja Pembalakan Di Bukit Baginda, Serting

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Perhutanan negeri menafikan akan berlaku kerja pembalakan hutan di Bukit Baginda yang terletak di Serting, Kuala Pilah.

Perkara itu viral di laman sosial Facebook, apabila seorang pengguna mendakwa hutan berkeluasan 380 hektar itu akan musnah berikutan kerja pembalakan yang bakal dijalankan.

Pengarah Perhutanan negeri, Salim Aman, berkata siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang kelulusan atau kerja pembalakan akan dijalankan di kawasan itu.

“Dakwaan itu hanya tohmahan dan Jabatan Perhutanan akan membuat laporan polis berkenaan isu itu segera,” katanya di sini, hari ini.

Selain itu Salim berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail untuk tindakan selanjutnya.

Dalam viral itu, pengguna terbabit turut mendakwa pembalakan itu nanti, akan menyebabkan haiwan dan tumbuhan berkhasiat di hutan itu musnah.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (Disember 2017 | 5:35pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.