Ini Bukan Tempat Untuk Parkir Lori

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

TAMPIN, 12 Feb – Penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan stesen minyak serta deretan kedai berhampiran Kampung Sri Gemencheh kesal apabila lokasi berkenaan menjadi tempat parkir lori.

Ini Bukan Tempat Untuk Parkir Lori

Lori yang diletakkan berhampiran stesen minyak serta deretan kedai berhampiran Kampung Sri Gemencheh mengundang rungutan orang ramai. FOTO – Sinar Harian

Penduduk, Mohd Azmin Sabtu, 46, berkata, masalah itu sudah lama berlarutan dan ada kalanya pemandu serta pemilik lori telah dikenakan saman yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, menurutnya, masalah itu tidak berkesudahan apabila deretan lori masih lagi menghiasi laluan di sepanjang deretan kedai serta stesen minyak berdekatan.

“Ini lori besar, bila diparkir dalam jumlah yang banyak ada kalanya hanya sebuah kereta yang boleh lalu kawasan berkenaan dalam satu masa.

“Biasanya jadi waktu petang atau malam. Lebih teruk lagi bila ada hari seperti cuti perayaan atau sebagainya, yang mana lori besar dilarang berada di lebuh raya, banyak yang diparkir di sini,” katanya di sini, semalam.

Mohd Azmin berkata, selain masalah sukar untuk lalu di kawasan berkenaan, tapak jalan itu juga sering rosak.

Katanya, bagi lori yang membawa sawit pula, minyak dari biji sawit yang jatuh serta tercicir boleh merosakkan jalan serta tanah.

“Oleh itu, kita selaku penduduk mencadangkan supaya Majlis Daerah Tampin (MDT) menyediakan satu lokasi khas buat pemilik lori pakir lori atau kenderaan berat masing-masing di kawasan berkenaan.

“Kena bayaran ke atau tak biarlah antara MDT dan pemilik lori, bagi keselesaan penduduk menggunakan kemudahan yang berhampiran jalan utama, kedai serta penempatan penduduk ini,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tampin (MDT), Ainu Nizla Kasman berkata, pihaknya akan menyiasat aduan berkenaan dan mengambil langkah sewajarnya bagi keselesaan penduduk.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (13 FEBRUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.