Ibu Tunggal Perdaya Mangsa Dalam Talian

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 21 Sept – Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terlibat dalam penipuan secara dalam talian mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Khairunnisa Ab Rahim, 26, didakwa dengan sengaja menolong melupuskan wang sebanyak RM1,320 yang telah dimasukkan mangsa, Muhammad Shafeeq Sahul Hamid, 22, ke dalam akaun bank CIMB miliknya sendiri di Senawang, di sini, pada 28 Februari lalu, sekitar jam 10.24 malam.

Tujuan mangsa menyerahkan sejumlah wang berkenaan kepada tertuduh sebagai bayaran bagi urusan pembelian kamera jenis GoPro Hero seperti diiklankan melalui laman sesawang Mudah.my.

Memandangkan barang dijanjikan masih tidak diterima walaupun selepas dua hari berlalu dan tertuduh pula tidak membalas mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp malah menyekat nombor telefonnya, menyebabkan mangsa membuat laporan polis.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali di hadapan Majistret, Mohd Zaki Abd Rahman, manakala tertuduh diwakili oleh Iwana Sakinah Mohd Lajis dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Sementara itu di mahkamah berasingan, Khairunnisa berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan membabitkan dakwaan menolong menyembunyi atau mengalihkan wang dimasukkan mangsa, Nuur Feiza Naquieb Mohd Aziz, 37, juga ke dalam akaun bank CIMB miliknya sendiri.

Perbuatan pertama dilakukan di sebuah kediaman di Taman Merpati, Off Jalan Tampin, di sini, pada 28 Mac lalu sekitar jam 11.55 pagi, yang membabitkan amaun berjumlah RM4,350.

Jenayah seterusnya berlaku di CIMB Senawang, di sini, pada tarikh yang sama tetapi waktu berbeza iaitu lebih kurang jam 1.19 petang, membabitkan amaun sebanyak RM3,050.

Kesemua wang itu diserahkan dengan tujuan membolehkan hadiah dihantar sebagai tanda persahabatan oleh seorang lelaki bernama Amirul Mohd yang dikenali melalui laman sosial Facebook dapat sampai kepada mangsa.

Mangsa dimaklumkan oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Rose dari syarikat penghantaran Texas bahawa timbul masalah pada barang dihantar Amirul di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ibu Tunggal Perdaya Mangsa Dalam Talian

Tertuduh (kanan) dibawa dua pegawai penjara semasa berada di Kompleks Mahkamah Seremban, semalam. – Foto Sinar Harian

Majistret Norzaliza Tesmin yang mendengar dan menerima pengakuan bersalah tertuduh kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dari tarikh ditangkap bagi setiap pertuduhan dan kedua-duanya dijalankan serentak.

Sebelum itu, Iwana merayu agar mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan terhadap anak guamnya atas beberapa alasan, antaranya tertuduh perlu menyara tiga orang anak dan ibu bapa yang sudah lanjut usia.

Namun Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran, selain mengambil kira jenayah parcel scam yang semakin berleluasa pada masa kini.

Sumber – Sinar Harian (21 SEPTEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.