Gerai Nasi Lemak Dirempuh Kereta

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PORT DICKSON, 11 Feb – Peniaga nasi lemak terselamat apabila sempat berlari keluar dari khemah gerainya di Bandar Springhill, Port Dickson, yang dirempuh kereta, pagi ini.

Keadaan Honda Civic yang terbabas dan melanggar gerai nasi lemak di tepi jalan di Bandar Springhill, Port Dickson. FOTO – Harian Metro

Dalam kejadian 7.40 pagi, kereta Honda Civic dipandu seorang wanita berusia 30-an dikatakan terbabas selepas cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari simpang berhampiran.

Peniaga terbabit, Azman Diran, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang menyusun nasi lemak yang siap dibungkus di atas meja sebelum melihat kereta berkenaan terbabas ke arah gerainya.

Gerai nasi Lemak Dirempuh Kereta Gerai nasi Lemak Dirempuh Kereta

“Saya segera melompat dan berlari ke belakang gerai manakala bungkusan nasi lemak saya bertaburan di atas jalan akibat dirempuh kereta itu. Kejadian berlaku terlalu pantas dan mujur tiada pelanggan ketika itu. Saya bersyukur hanya cedera ringan di kaki, namun khemah serta meja jualan saya musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Azman berkata, ia kejadian pertama berlaku sejak lebih tiga tahun berniaga di kawasan itu.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian (11 Februari 2018 | 1:39 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.