Gangguan Bekalan Air Pada 27 & 28 Feb 2018 Di Seremban, Jempol, PD Dan Rembau

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 20 Feb – Beberapa kawasan di Seremban, Jempol, Port Dickson dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air pada 27 dan 28 Feb ini, berikutan kerja pembaikan paip dan penyelenggaraan loji rawatan air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata gangguan bekalan air di kawasan berkenaan adalah selama 24 jam mulai 8 pagi 27 Feb.

“Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya di Seremban, kawasan terlibat ialah Bandar Seremban, Mambau, Rasah, Rahang, Temiang, Lobak, Templer, Seremban 2, Seremban 3, Desa Rhu, Ampangan, Senawang, Paroi, Jalan (Jln) Tampin dan Sungai (Sg.) Gadut.

Di Jempol, ia melibatkan kawasan Bahau, Mahsan, Batu Kikir, Lui Barat, Lui Timur, Lui Selatan, Lui Muda, Sg. Lui, Jalan Bahau?Batu Kikir, Jalan Bahau?Kuala Jempol, Serting Tengah, Serting Hulu, FELDA Raja Alias, Feldajaya, Bandar Seri Jempol, Kampung (Kg) Serampang Indah, KgSampo, Pusat Latihan Polis Air Hitam (PULAPAH) dan Pekan Jelai.

Di Port Dickson, kawasan terlibat ialah sekitar kawasan Kg Pengkalan Durian Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian (Fasa 1 & Fasa 2), Taman (Tmn) Linggi, kawasan Tampin Linggi, seluruh kawasan Linggi, Rumah Rakyat Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir Linggi, Tarzan Estet, Felcra Air Hitam Sengkang, kawasan Pengkalan Kempas, Batu 18, 19, 20, 21, 22 Pengkalan Kempas, KgTanjung Agas, Kg Sungai Raya, kawasan Bukit Tembok, TmnSengkang, seluruh kawasan Pekan & Kg. Pasir Panjang, Kg. Orang Asli Bukit Kepong, Batu 15 Pasir Panjang sehingga Batu 12 Jln. Pantai, Kg. Telok Pelanduk, Tmn. Peranginan Mutiara, Tmn. Green View dan Bt. 11 Jln. Pantai.

Selain itu, Hotel Hibiscus, Banglo Mawar, Kg. Segenting, Bt. 10 Jln Pantai, Kem Segenting, Hotel Blue Lagoon, Kem PLKN, Permaisuri Resort, Hotel Ilham, Kem Pengaman, seluruh kawasan Batu 9, Jln Pantai, Hotel Thistle, Tmn. Bunga Kertas 1 & 2, Tmn. Anika, Tmn. Orkid, Sekolah Politeknik, Sekolah Agama Telok Kemang, Tmn. Politeknik, Sunrise Village Resort, Lembaga Getah, Bougainvilla Resort, Beach Point Motel, Sri Bulan Kondominium, Laguna Resort, Cocobay Resort, Ocean View Resort, Tmn. Intan Perdana (Fasa 1, 2 & 3), Tmn. Bukit Perdana, Sri Ratu Hotel & Spa, Hotel Mesra, seluruh kawasan Telok Kemang, Sri Intan Kondominium, Kemang Indah Kondominum, Hotel PD Marina, sekitar kawasan Batu 8 & Batu 7 Jln. Pantai, kawasan Bt. 6 Jln. Pantai, sebahagian kawasan Kg. Sawah Sunggala, Sunggala Gateway, Tmn. Sirusa Jaya, Kolej Jururawat, Hospital Besar PD, Marina Crecent, Avillion Admiral Marina, Perumahan Tentera Batu 5 Jln. Pantai, Kem Tentera Batu 5 Jln. Pantai, Desa Lagun Resort, Regency Tanjung Tuan Beach Resort, The Grand Beach Resort, Bayu Beach Resort dan sehingga sebahagian kawasan Batu 4 Jln. Pantai.

Di Rembau melibatkan kawasan Kg. Batu Nunggul, Tmn. Bunga Raya, Pekan Rembau, Kg. Batu Hampar, Tanjung Sena Hilir, Fajar Harapan, Rumah Rakyat Chengkau/Tmn. Chengkau, Pulau Bongek, Pulau Bukit, Pulau Hanyut, Relong, Pulau Mampat, Kg. Durian Daun, Kg. Nerasau, Kg. Penajis, Pekan Chengkau, Kg. Tanah Datar, Kg. Lada, Kg. Mayon/Kg. Batu Putih, Chengkau Ulu, Yayasan Sofa, Kg. Senama Tengah/Ulu, Kg. Senama Masjid, Kg. Bintongan, Kg. Selemak, Kg. Miku Pindah, Kg. Cacar, Kg. Sg. Layang, Kg. Padang Lebar, Rumah Rakyat Sg. Layang, Bongek Tengah, Kg. Bongek, Senama Hilir, Tanjung Keling, Kg. Perigi Jernih, Desa Permai Mampong Kg. Baru Mampong, Kg. Mampong Hilir, Kg. Pulau Besar, Kg. Pulau Mampat, Kg. Mulia, Pejabat Daerah Rembau dan Majlis Daerah Rembau.

Turut terlibat ialah Tanah Lot Tmn. Seri Rembau, Kg. Chuai Hilir, Taman Sri Rembau (Fasa 1,2,3), Tmn. Rembau Utama, Kg. Seberang Sawah, Kg. Baru Chuai Ulu, Kg. Tebing Tinggi/Kg. Tong-Tong, Exevalley Orchid Park, Jln. Kekwa, Kg. Delima, Jln. Melur, Kg. Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Jln. Kg. Kundur Tengah, Sek. Men. Sains Kundur, Jln. Tg. Semut, Desa Permai Kundur, Jln. Lebai Daim, Jln Pelebar Dalam, Jln. Masjid Lama, Jln. Semerah Padi, Jln. Kasturi, Jln. Anak Air Jerneh, Jln. Balai Panjang, Jln. Solok Kelemak, Kg. Pilin, UITM, Jalan Datuk Laksamana, Kg. Durian Daun, Kg. Panchang, Jln Semin Indah, Kg. Baru Semin, Ladang Sg. Baru, Ladang Bukit Bertam/Kg. Bukit Bertam, Jln Batu Berendam, Kg. Sg. Timun Dalam, Kg. Sg. Timun Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1&2, Dataran Lubuk Cina, Pasar Lubuk Cina, Kg. Nerambai, Jln. Hulu Nerambai, Jln Perigi Batu, Jln. Harimau Terjun, Jln. Batu Berdinding, Paya Mengantuk, Jln. Mesin Kelompok, Kg. Titian Akar, Kg. Sawah Raja, Kg. Titian Bintangor, PLKN, Jln. Limau Kambing, Jln. Solok Kelubi, Jln. Kuala Dadih, Jln. Kasim Sifat, Kg. Air Melintang, Kg. Semerbok, Kg. Batang Merbok, Jln. Kuala Merbok, Kg. Baru Semerbok, Jln. Sg. Serai Semerbok, Jln. Padang Kerbau Semerbok dan Kg. Solok Astana Raja.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

SUMBER – Petikan berita daripada Bernama (20 Februari 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.