Gangguan Bekalan Air Di Port Dickson, Rembau

SEREMBAN, 19 Mei – Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Rembau dijangka mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam, Isnin ini.

Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Wan Rasdi Wan Ismail berkata, ia berikutan penutupan sementara bagi kerja penyelenggaraan dan menaik taraf bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Rawatan Air (LRA), Sawah Raja, Rembau.

Katanya, penutupan bermula jam 8 pagi itu bertujuan menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air untuk pengguna di negeri ini.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh yang lebih lama.

“Bagaimanapun, langkah segera akan diambil dengan menghantar lori tangki dan menempatkan tangki statik jika gangguan melebihi 24 jam selepas tempoh penutupan berkenaan,” katanya.

Untuk maklumat kawasan terjejas, pengguna boleh melayari laman web www.sainswater.com, manakala pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

SUMBER – Petikan berita daripada BH Online (19 Mei 2018 | 2:43pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.