Gangguan Bekalan Air Di Port Dickson & Rembau Pada 4 Oktober

SEREMBAN, 29 Sept – Penduduk di beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Rembau di sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam pada 4 Oktober ini bermula 8 pagi berikutan kerja-kerja pemasangan paip dari kolam imbangan Bukit Sembilan ke Gemencheh-Rembau.

Selain itu, gangguan bekalan air juga disebabkan kerja-kerja pemasangan ‘static mixture’ Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) di Loji Rawatan Air Sawah Raja, Rembau.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains Norzita Ismail dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata beberapa kawasan terjejas di Port Dickson ialah sekitar kawasan Kampung Pengkalan Durian Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian (Fasa 1 dan 2) dan Taman Linggi.

Turut terjejas ialah Rumah Rakyat Permatang Pasir, Kampung Permatang Pasir Linggi, Tarzan Estet, Felcra Air Hitam Sengkang, seluruh kawasan Pengkalan Kempas, Batu 18, 19, 20, 21, 22 Pengkalan Kempas, Kampung Tanjung Agas dan Kampung Sungai Raya.

Kawasan Bukit Tembok, Taman Sengkang, seluruh kawasan pekan dan Kampung Pasir Panjang, Kampung Orang Asli Kepong, Batu 15 Pasir Panjang sehingga Batu 12 Jalan Pantai, Kampung Telok Pelanduk, Taman Green View, Taman Peranginan Mutiara, kawasan Batu 11 Jalan Pantai, Hotel Lexis Hibiscus, Banglo Mawar, Kampung Segenting, Batu 10 Jalan Pantai, Kem Tentera Segenting dan Hotel Blue Lagoon juga terlibat.

Selain itu, Kem PLKN, Permasuri Resort, Hotel Ilham, Kem Pengaman, seluruh kawasan Batu 9 Jalan Pantai, Hotel Thistle, Taman Bunga Kertas (1 dan 2), Taman Anika, Taman Orkid, Kolej Politeknik, Sekolah Agama Telok Kemang, Taman Politeknik, Sunrise Village Resort, Lembaga Getah dan Bougainvilla Resort.

Kawasan lain ialah Beach Point Motel, Sri Bulan Kondominium, Laguna Resort, Cocobay Resort, Ocean View Resort, Taman Intan Perdana (fasa 1, 2 dan 3), Taman Bukit Perdana, Sri Ratu Hotel and Spa, Hotel Mesra, seluruh kawasan Telok Kemang, Sri Intan Kondominium, Kemang Indah Condominium dan Hotel PD Marina.

Sekitar kawasan Batu 6, 7 dan 8 Jalan Pantai, sebahagian kawasan Kampung Sawah Sunggala, Sunggala Gateway, Taman Sirusa Jaya, Kolej Jururawat, Hospital Besar PD, Hotel Marina Crecent, Hotel Avillion Admiral Marina dan Perumahan dan Kem Tentera Batu 5 Jalan Pantai, Desa Lagun Resort, Regency Tanjung Tuan Beach Resort, The Grand Beach Resort, Bayu Beach Resort dan sebahagian kawasan Batu 4 Jalan Panta juga mengalami gangguan.

Norzita berkata bagi daerah Rembau, kawasan yang terlibat ialah Kampung Batu Nunggul, Taman Bunga Raya, Pekan Rembau, Kampung Batu Hampar, Tanjung Sena Hilir, Fajar Harapan, Rumah Rakyat Cengkau/Taman Cengkau, Pulau Bongek, Pulau Bukit, Pulau Hanyut, Relong dan Pulau Mampat.

Kampung Durian Daun, Kampung Nerasau, Kampung Penajis, Pekan Chengkau, Kampung Tanah Datar, Kampung Lada, Kampung Mayon/Kampung Batu Putih, Cengkau Ulu, Yayasan Sofa, Kampung Senama Tengah/Ulu, Kampung Senama Masjid, Kampung Bintongan, Kampung Selemak dan Kampung Miku Pindah juga terjejas.

Kawasan lain ialah Kampung Cacar, Kampung Sungai Layang, Kampung Padang Lebar, Rumah Rakyat Sungai Layang, Bongek Tengah, Kampung Bongek, Senama Hilir, Tanjung Keling, Kampung Perigi Jernih, Desa Permai Mampong, Kampung Baru Mampong dan Kampung Mampong Hilir.

Kampung Pulau Besar, Kampung Pulau Mampat, Kampung Mulia, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Tanah Lot Taman Seri Rembau, Kampung Chuai Hilir, Taman Sri Rembau Fasa 1, 2 dan 3, Taman Rembau Utama, Kampung Seberang Sawah.

Kampung Baru Chuai Ulu, Kampung Tebing Tinggi/Kampung Tong-Tong, Exevalley Orchid Park, Kampung Kundur Hilir, Kolej Kemahiran Tinggi, Sekolah Menengah Sains Kundur, Desa Permai Kundur, Jalan Pelebar Dalam, Kampung Pilin, UiTM, Jalan Dato’ Laksamana, Kampung Durian Daun, Kampung Panchang, Jalan Semin Indah, Kampung Baru Semin dan Ladang Sungai Baru.

Turut terjejas ialah Ladang Bukit Bertam/Kampung Bukit Bertam, Jalan Batu Berendam, Kampung Sungai Timun Dalam dan Luar, Rumah Rakyat Lubuk Cina (Fasa 1 dan 2), Pasar Lubuk Cina, Kampung Nerambai, Kampung Titian Akar, Kampung Sawah Raja, Kampung Titian Bintangor, Kampung Air Melintang, Kampung Semerbok dan Kampung Solok Astana Raja.

“Penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan). Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama,” kata Norzita.

Beliau berkata kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan. Sehubungan itu, pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian 1-800-88-6982.

Sumber – Bernama (29 SEPTEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.