Dua Lelaki Dipercayai Anggota Geng Mamak Mati Ditembak

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

REMBAU, 22 Mei – Polis menembak mati dua lelaki disyaki anggota Geng Mamak di Jalan Chengkau-Pulau Mampat dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 30-an terbabit diekori polis selepas mendapati mereka berada dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Utara-Selatan pada pukul 1 pagi.

Menurut sumber, menyedari diekori polis, suspek kemudian keluar melalui susur Plaza Tol Pedas-Linggi lalu memasuki jalan menuju ke Pulau Mampat di sini sebelum kenderaan didekati polis dan mengarahkan mereka berhenti untuk pemeriksaan.

Kata sumber lagi, suspek bagaimanapun berdegil dan memecut laju kenderaan. Cubaan mereka melepaskan diri gagal apabila kereta itu berjaya dihentikan polis.

“Anggota polis cuba diserang oleh kedua-dua suspek sehingga memaksa polis melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

“Tembakan itu mengenai kedua-dua suspek menyebabkan mereka mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung latar belakang suspek serta pembabitan jenayah mereka.

Tambah beliau, butiran lanjut berhubung kejadian tersebut akan dimaklumkan melalui sidang akhbar di pejabatnya di Seremban, pukul 3 petang esok.

SUMBER – Petikan berita daripada Kosmo! Online (22 Mei 2018 4:51 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.