Dua Lelaki Dikehendaki Pihak Polis

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

TAMPIN, 22 Mei – Polis sedang mencari dua lelaki berusia 34 tahun dan 50 tahun bagi menyelesaikan kes di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan berkaitan pemerasan pada awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Ramli Kasa berkata, orang ramai yang melihat dan mengetahui lokasi dua lelaki berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411222/ 06-4411221 atau mana-mana balai polis terdekat.

Menurutnya, polis memerlukan kerjasama orang ramai dalam usaha mengekang kes jenayah dan juga menyelesaikan kes-kes berkaitan.

“Polis sedang mengesan Mohd Rizal Jahimi, 34, yang beralamat di Jalan Seri Paya Rumput 5, Taman Seri Paya Rumput, Masjid Tanah yang mana lelaki ini bagi menyelesaikan kes pemerasan yang dilaporkan di Balai Polis Gemencheh pada awal bulan ini.

“Individu kedua yang kita kesan ialah Mohamad Deros Karim, 50, atau lebih dikenali Jo yang beralamat di Taman Sri Bayu, Alor Gajah juga bagi membantu menyelesaikan kes pemerasan yang dilaporkan di Balai Polis Gemencheh,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

Ramli berkata, kedua-dua lelaki berkenaan dikehendaki atas kes pemerasan duit seorang wanita warganegara Indonesia bernilai ribuan ringgit yang mana diserahkan oleh mangsa di sekitar kawasan Gemencheh sebelum PRU14 lalu.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (22 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.