Doktor Maut, Kereta Hilang Kawalan Dan Terbabas

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

JEMPOL, 17 Mei – Seorang doktor maut apabila kereta dipandunya terbabas di kilometer Jalan Palong Sembilan, 10 dan 11 di sini, jam 9.35 pagi tadi.

(Gambar atas) Keadaan Perodua Viva yang terbabas di kilometer Jalan Palong Sembilan, 10 dan 11 di Jempol, pagi tadi. FOTO – BH Online

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata mangsa, Azimuddin Ismail, 29, dan berasal dari Kajang, Selangor dalam perjalanan dari arah Keratong ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan FELDA Palong.

Doktor Maut , Kereta Hilang Kawalan Dan Terbabas

Katanya, mangsa yang memandu PERODUA Viva dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Siasatan mendapati mangsa gagal mengawal keretanya lalu berpusing beberapa kali dan terbalik di kanan jalan. Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dihantar ke Hospital Jempol dengan ambulans sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, ketika kejadian permukaan jalan kering dan tidak sibuk.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (17 Mei 2018 | 7:11pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.