Daging Kambing Bukannya Daging Babi

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

TAMPIN – Tindakan melulu pihak tertentu menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial menyebabkan sebuah kedai menjual daging sejuk beku di bandar ini dikecam kerana dituduh menjual daging babi.

Bagaimanapun, tindakan cekap penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri membuat pemeriksaan segera, mendapati tuduhan yang menjadi viral itu tidak berasas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Saiful Bahri Abdul Kadir, berkata pihaknya membuat pemeriksaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas mendapati dakwaan itu tersebar di laman sosial.

Daging Kambing Bukannya Daging Babi

PENGUATKUASA KPDNKK negeri membuat pemeriksaan di sebuah premis menjual daging sejuk beku di Tampin. Foto dibawah menunjukkan LABEL pada daging sejuk beku.

“Kita mendapati daging yang didakwa babi itu sebenarnya daging kambing lapah sejuk beku yang diimport dari New Zealand dan disembelih di rumah penyembelihan diiktiraf oleh pihak yang menguruskan pensijilan halal di negara itu,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada makanan tidak halal dijual di premis berkenaan.

Berikutan itu, Saiful Bahri turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai keraguan mengenai sesuatu perkara supaya menyalurkan aduan rasmi kepada KPDNKK bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan dan tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di laman sosial.

Pemeriksaan BH mendapati, dakwaan yang tersebar di beberapa kumpulan Facebook itu, antara lain meminta orang ramai berhenti membeli daging di kedai berkenaan kerana didakwa tidak mengasingkan daging babi daripada ayam dan lembu.

Daging Kambing Bukannya Daging Babi

Dakwaan palsu yang tular baru-baru ini.

Selain itu, turut tersebar ialah salinan laporan polis dibuat seorang lelaki yang mendakwa melihat seorang pekerja premis itu memikul bungkusan daging dipercayai babi dari peti sejuk beku pada Khamis lalu.

Sumber – Berita Harian Online (3 September 2017 | 3:34pm); Facebook Group (Den Orang Tampin)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.