Cukai Industri, Komersial Bakal Naik

SEREMBAN, 14 Mac – Kenaikan cukai industri dan komersial dijangka bakal berlaku, selaras dengan pengisytiharan Seremban sebagai bandar raya mulai tahun depan.

(Gambar Atas)DS Mohamad Hasan menyampaikan sumbangan pada program berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini mengambil kira keuntungan besar diraih pihak yang terlibat dalam kedua-dua sektor berkenaan.

“Sebab industri buat duit. Komersial pun untung banyak. Maka mereka patut beri baliklah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Komuniti Mantin, di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya memberi jaminan tidak akan mengusik cukai individu selepas pelaksanaan bandar raya.

“Kita tidak akan tambah beban orang ramai dengan menaikkan cukai tanah mahupun cukai pintu. Ini janji saya. Bila saya janji, saya buat.

“Itu saja saya boleh janjikan. Kalau mahu jadi kaya, itu tuan-tuan punya pasal. Kena kerja kuat. Saya tiada kuasa untuk buat orang jadi kaya atau miskin. Saya urus Negeri Sembilan sebaik mungkin dengan rakan-rakan,” katanya.

Menurut Mohamad, pengumuman penggabungan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebagai Majlis Bandar Raya secara pentadbiran bakal dilaksanakan pada 21 April nanti.

“Tapi pemasyhuran secara rasminya akan dibuat semasa upacara sambutan keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Tuanku Muhriz Tuanku Munawir) pada awal Januari tahun depan,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (14 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.