Bumbung Siling Masjid Bandar Springhill Runtuh

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PORT DICKSON – Dentuman kuat disusuli runtuhan sebahagian siling di Masjid Bandar Springhill di sini, mengejutkan kira-kira 50 jemaah yang menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Bumbung Siling Masjid Springhill Runtuh

KEADAAN siling di Masjid Bandar Springhill yang runtuh ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh, pagi tadi. – Foto Mohd Khidir Zakaria BH

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, siling bahagian belakang masjid dianggar seluas 10 meter persegi runtuh terlebih dulu, sebelum beberapa kawasan lain turut mengalami runtuhan kecil.

Pemeriksaan lanjut mendapati, struktur bumbung kubah berbentuk tiga segi masjid itu turut terjejas dengan sebahagian atap genting pecah manakala kedudukannya kelihatan senget.

Setiausaha masjid, Abdullah Tamam, 63, berkata kejadian menyebabkan semua jemaah keluar untuk menyelamatkan diri.

Bumbung Siling Masjid Springhill Runtuh

SERPIHAN siling Masjid Bandar Springhill yang runtuh ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh, pagi tadi. – Foto Mohd Khidir Zakaria BH

Bumbung Siling Masjid Springhill Runtuh

KEADAAN atap genting pecah manakala kedudukannya kelihatan senget di Masjid Bandar Springhill. – Foto Mohd Khidir Zakaria BH

“Kami mendengar bunyi seperti letupan sebelum benda jatuh menyebabkan semua jemaah berlari keluar bagi mengelak kejadian tidak diingini. Apabila keadaan reda, kami membuat pemeriksaan dan mendapati tiada jemaah yang cedera sebelum menghubungi bomba bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abd Rahim Atan, berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.53 pagi dan pemeriksaan mendapati masjid itu tidak selamat untuk digunakan buat masa ini.

“Kita menasihatkan pengurusan masjid mendapatkan khidmat pihak yang bersesuaian bagi membuat pemeriksaan lebih teliti terhadap struktur masjid berkenaan,” katanya.

Sumber – Berita Harian (2 September 2017 | 3:01pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.