Asrama lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Terbakar, 85 Pelajar Lelaki Selamat

REMBAU, 20 Mei – Sebuah asrama penginapan pelajar lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Kampung Chengkau, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

(Gambar atas) Sebuah asrama penginapan pelajar lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Kampung Chengkau, Rembau, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. FOTO – BH Online

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, berkata tiga jentera termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Seremban 2 dengan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 1.58 pagi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah blok asrama yang menempatkan 85 pelajar lelaki sekolah berkenaan.

“Ketika kejadian, penghuni sedang tidur dan kejadian disedari apabila mereka terhidu bau asap dan keluar menyelamatkan diri. Warden asrama kemudian menghubungi bomba untuk bantuan.

“Bomba mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain. Operasi pemadaman berakhir sepenuhnya jam 4.05 pagi. Asrama berkenaan musnah 90 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Asrama lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Terbakar, 85 Pelajar Lelaki Selamat Asrama lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Terbakar, 85 Pelajar Lelaki Selamat

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pada 28 September tahun lalu, sebuah asrama yang menempatkan 37 pelajar perempuan sekolah berkenaan turut musnah dalam kebakaran, jam 1.50 pagi.

SUMBER – Petikan berita daripada BH Online (20 Mei 2018 | 10:46am)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.