Apa Yang Terjadi Dengan Ladang Anggur Pertama Negeri Sembilan

Beberapa tahun yang lalu, menjadi perbualan umum mengenai kewujudan sebuah ladang anggur di kawasan Sendayan, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Anggur Sendayan Fruit Farm. Bagi yang biasa melalui kawasan Sendayan untuk ke Port Dickson, sudah pasti anda akan perasan ada sebuah kawasan bukit di tepi jalan yang dijadikan ladang tanaman itu sambil tertera tulisan besar “Anggur Sendayan Valley” di lerengnya.

landang anggur negeri sembilan

Ladang anggur yang diusahakan oleh syarikat A-Winn Global Market Sdn Bhd dikhabarkan terdapat 6,000 pokok anggur ditanam di atas tanah seluas 10 hektar ini yang terdiri daripada anggur jenis Black Opal, White Malaga, Shiraz dan Black Pearl. Kesemua anggur yang dikeluarkan oleh ladang ini dijenamakan sebagai “Sendayan Valley” dan dipasarkan dipasaran tempatan. Selain daripada tanaman anggur sebagai tanaman utama, buah-buahan seperti jambu, mangga, mata kucing, laici dan lain-lain lagi turut ditanam disini.

landang anggur negeri sembilan

landang anggur negeri sembilan

landang anggur negeri sembilan

landang anggur negeri sembilan

landang anggur negeri sembilan

landang anggur negeri sembilan

Ramai yang teruja dengan projek itu memandangkan cuaca panas negara kita sedangkan diketahui umum anggur lebih sesuai dengan cuaca Mediterranean dan sejuk saja. Pada masa yang sama, ladang anggur itu juga turut dijadikan kawasan agro pelancongan di mana orang ramai juga boleh mengunjunginya dengan bayaran masuk RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

Walaubagaimanapun selang berberapa tahun pembukaannya, ladang tersebut sudah terbiar dan dipenuhi dengan semak-samun. Khabar berita mengenai penutupannya juga turut dimaklumkan di mana-mana medium massa. Tidak pasti sama ada ia sudah tutup sepenuhnya atau dipindahkan ke tempat yang lain. Tetapi sayang sekali kerana ladang ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan samaada untuk tujuan komersil atau pelancongan.

landang anggur negeri sembilan

landang anggur negeri sembilan

Di sekeliling ladang pula rancak dibina rumah-rumah kediaman dan bangunan kedai, malah tidak berapa jauh daripada ladang anggur itu sedang dibangunkan kem tentera udara yang dipindahkan daripada Sungai Besi, Kuala Lumpur. Adakah ia ditutup disebabkan untuk memberi laluan pada pembangunan sekitarnya dan menunggu masa untuk ditarah untuk tujuan pembangunan?Siapa ada jawapan pada persoalan ini, boleh tinggalkan di ruangan komen. – info daripada shahbudindotcom.blogspot.my

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.