Aminuddin Harun Angkat Sumpah MB Negeri Sembilan Baharu

KUALA PILAH, 12 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah di sini, pagi ini.

Aminuddin Harun Angkat Sumpah MB Negeri Sembilan Baharu

Adun Sikamat, Aminuddin Harun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu bagi kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, jam 10.40 pagi tadi.

Aminuddin, 51, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat menyempurnakan upacara angkat sumpah itu pada jam 10.40 pagi di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aminuddin Harun Angkat Sumpah MB Negeri Sembilan Baharu

?Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyampaikan watikah pelantikan Menteri Besar yang baharu kepada Amiruddin Harun pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang ke-11 di Istana Seri Menanti,Kuala Pilah.

Turut menyaksikan istiadat itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama kedua anakanda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al’Abidin.

Hadir sama Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah dan Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Aminuddin sebelum itu menghadap Tuanku Muhriz bagi menyerahkan watikah pemilihannya sebagai Menteri Besar pada Khamis lalu.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (12 Mei 2018 | 10:53am)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.