Adik Comel Dah Tak Ada

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

BAHAU, 22 Feb – Kematian seorang kanak kanak berbangsa Cina, berbadan gempal yang sering kelihatan bersama abangnya merayau-rayau sekitar pekan Bahau, bagaikan satu kehilangan buat masyarakat Jempol amnya di Bahau.

Mana tidaknya, mendiang tidak lokek melemparkan senyuman, selain perwatakannya sering mencuit hati dan sesekali pernah dilihat bersama puting di tangannya. Namun kebelakangan ini, masyarakat digemparkan pelbagai status di laman Facebook yang mula tular berhubung kanak-kanak ini yang telah meninggal dunia.

Usaha Sinar Harian mendapatkan ulasan keluarganya tidak berjaya, apabila mereka tiada di rumah di Kampung Batu Bakar, Bahau. Walau bagaimanapun, Ketua Kampungnya, Steven Chong sedia maklum berhubung tular berkenaan.

Steven berkata, ibu bapa kanak-kanak ini bukannya asal golongan senang, selain anak sulung pasangan itu juga adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mereka sering kelihatan di pekan Bahau merayau-rayau mencari kotak yang tidak digunakan untuk dijual untuk bantu ibu bapa.

“Manakala adiknya (mendiang) berusia enam tahun, disahkan meninggal dunia pada hari ketiga sambutan Tahun Baharu Cina akibat sesak nafas, selain ada masalah jantung. Pada awalnya, keluarga ini mendapatkan rawatan di klinik swasta, namun dinasihatkan ke hospital susulan keadaannya tenat,” katanya kepada akhar tempatan, Sinar Harian, hari ini.

Steven berkata, keluarga berkenaan memaklumkan kejadian itu kepadanya, namun mendiang gagal diselamatkan dan akhirnya meninggal dunia.

“Mendiang baru berumur enam tahun, tapi dia sudah dikategorikan sebagai obesiti. Kita simpati dengan keluarga ini, malahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, ambil perhatian mengenai keluarga ini,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (22 FEBRUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.