Ada Peraturan Waktu Potong Rumput Sekolah

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

GEMAS, 13 Feb – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan insiden pelajar perempuan maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Seremban, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, ketika ini JPN juga masih menyiasat apa aktiviti yang dijalankan sehingga menyebabkan kejadian itu.

“JPN sudah menetapkan peraturan bagi kontraktor menjalankan kerja pembersihan di setiap sekolah termasuk waktu dan situasi yang sesuai.

“Ini yang kita nak siasat sama ada kontraktor ini mendapat kebenaran atau sebaliknya untuk memotong rumput di padang sekolah itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pula hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu.

[Berita sebelum: Pelajar Sekolah Maut Terkena Bilah Pisau Mesin Rumput]

SUMBER – Petikan berita daripada Harian Metro Online (13 Februari 2018 @ 4:53 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.