AADK Serbu Rumah Sewa Penagih Di Chembong

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

REMBAU, 12 Apr – Sepasukan anggota Unit Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau melaksanakan Ops Sapu PDH (Perangi Dadah Habis-habisan) 3.0 di sebuah rumah sewa dipercayai dihuni penagih di Chembong di sini, semalam.

(Gambar atas) AADK menyerbu sebuah rumah sewa yang dipercayai dihuni oleh penagih di kawasan kampung tradisi di Chembong.

Dalam operasi kira-kira jam 10.00 pagi itu, empat daripada enam penyewa disahkan positif dadah melalui saringan urin.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau, Nur Hananie Mohd Nor berkata, kesemua lelaki yang masih bujang berusia 24 hingga 31 tahun itu, didapati positif dadah jenis syabu dan ganja.

“Keempat-empat lelaki bukanlah berasal dari daerah ini dan didapati mereka sudah bekerja kilang di sini, kira-kira dua tahun.

“Dipercayai kesemuanya sudah lama terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Dipercayai mereka ini baru sahaja pulang dari kerja shif malam. Kesemua yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya, semalam.

Sementara itu, Hananie berkata, AADK Rembau sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah daripada masyarakat setempat untuk sama-sama berganding bahu dan membanteras gejala berkenaan.

“Oleh itu, mereka boleh menyalurkan maklumat terus kepada kita bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (12 APRIL 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.