2 Minggu Sampah Tak Dikutip

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PORT DICKSON, 4 Mac – “Sudah lebih dua minggu sampah berlonggok dan semakin bertambah kerana tidak dikutip,” keluh Tew Kok Chang, 65, penduduk Kampung Sri Parit, Lukut di sini.

(Gambar Atas) Aktivis Masyarakat, Choo Ken Hwa, (kiri) menunjukkan keadaan sampah yang bertaburan di tempat pembuangan sampah di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson. FOTO – Berita Harian Online

Beliau mendakwa, kontraktor pembersihan hanya mengutip sampah di dalam tong setiap kali datang ke kawasan kampung itu, sedangkan sampah yang bertaburan di luar berkenaan dibiarkan begitu sahaja.

“Penduduk bukan sengaja membuang sampah di luar tong, tetapi kapasiti tong yang disediakan terhad dan tidak mampu menampung sisa buangan, memaksa kami meninggalkan sampah di kawasan itu. Malangnya, pekerja syarikat pembersihan membiarkan sampah itu bertaburan dan semakin lama semakin bertambah. Ini menyebabkan bau busuk dan mengundang lalat serta anjing liar yang memburukkan lagi keadaan,” katanya di sini, hari ini.

2 Minggu Sampah Tak Dikutip

Keadaan sampah yang bertaburan lebih dua minggu di tempat pembuangan sampah di Kampung Sri Parit, Lukut, Port Dickson. FOTO – Berita Harian Online

Seorang aktivis masyarakat, Choo Ken Hwa, 28, yang datang meninjau kawasan berkenaan, mendakwa masalah itu berlarutan sejak sambutan Tahun Baharu Cina, pertengahan bulan lalu.

“Keadaan menjadi lebih teruk selepas hujan apabila air busuk tersebar ke kawasan lebih luas dan takungan air menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Kebanyakan penduduk kawasan ini adalah warga emas, jadi mereka tidak berdaya membersihkan kawasan ini sendiri. Saya harap pihak bertanggungjawab dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Zainal Fitri Ahmad, berkata pihak SWM Environment Sdn Bhd, yang menjalankan kutipan sisa pepejal tong komunal enam kali seminggu, mengesan janaan sampah yang luar biasa di kawasan itu.

“Tong komunal yang disediakan di kawasan itu didapati sentiasa penuh, seterusnya menyebabkan sampah melimpah ke luar tong. Justeru, SWCorp akan memansuhkan tong komunal, sebaliknya menjalankan perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah di kampung berkenaan dengan tong sampah berkapasiti 120 liter akan diedarkan di kawasan itu tidak lama lagi,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (4 Mac 2018 | 6:44pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.