166 Graduan Terima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 14 Mac – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan kepada seramai 166 graduan dalam satu majlis yang telah diadakan di Klana Resort Seremban, hari ini.

Kesemua graduan cemerlang ini menerima Sijil Kecemerlangan beserta insentif bernilai RM5,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM830 ribu.

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menyediakan program Anugerah Cemerlang kepada graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa dengan cemerlang dan memperolehi Kelas Pertama dari Universiti Awam, Universiti Swasta dan Universiti Luar Negara.

Tahun lalu kira-kira 477 graduan menerima insentif ini dan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.4 juta.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan Kerajaan Negeri sejak program ini diadakan adalah sebanyak RM11.7 juta.

Katanya, seramai 2,127 siswazah yang menerima insentif Ijazah Kelas Pertama ini sejak diadakan bermula tahun 2006.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan.

SUMBER – Petikan berita daripada n9kini.com (March 14, 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.