10 Pasangan Pengantin Dirai Dalam Olek Perkahwinan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN – Seramai 10 pasangan pengantin diarak menaiki tandu bersempena dengan program Warna-Warni Adat Perpatih Olek Perkahwinan Luak Sungai Ujong, yang diadakan di Muzium Negeri pada 16 April yang lalu.

10 Pasangan Pengantin Dirai Dalam Olek Perkahwinan

Olek Perkahwinan diadakan bertujuan mengetengahkan keunikan tradisi perkahwinan dalam Adat Perpatih di Luak Sungai Ujong, satu daripada empat luak berundang di negeri ini.

Selepas menaiki tandu, kesemua pasangan yang berpakaian tradisional pengantin Adat Perpatih, bersanding beramai-ramai dan ditepung tawar dalam program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Balai Undang Luak Sungai Ujong dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

10 Pasangan Pengantin Dirai Dalam Olek Perkahwinan

Seorang daripada pengantin itu, Fatimah Suzaimiey Tan, 32, meluahkan rasa gembira apabila terpilih menyertai program Olek Perkahwinan ini.

“Saya berasa teruja diarak menaiki tandu dan merasai sendiri adat perkahwinan yang menjadi amalan penduduk di Luak Sungai Ujong,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program itu yang disempurnakan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Datuk Abd Razak Ab. Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Mufti kerajaan negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.

10 Pasangan Pengantin Dirai Dalam Olek Perkahwinan

Sementara itu, Abd Razak ketika berucap berkata, keunikan adat dan budaya yang diamalkan penduduk Luak Sungai Ujong masih kekal diwarisi sehingga ke hari ini.

“Penganjuran program ini juga bertujuan memberi peluang kepada masyarakat termasuk dari luar untuk mengenali dengan lebih dekat tentang Adat Perpatih yang diamalkan di Luak Sungai Ujong ini,” katanya.

10 Pasangan Pengantin Dirai Dalam Olek Perkahwinan

Selain Olek Perkahwinan, program sehari ini turut diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti demonstrasi masakan tradisional Negeri Sembilan, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan bercerita, kuiz, jejak warisan serta persembahan kebudayaan dan artis jemputan. – Sumber n9kini

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.