Wisma Emas Seremban Hanya Tinggal Kenangan

Bila sebut Wisma Punca Emas, sudah pasti ada diantara mereka dari Negeri Sembilan tahu akan kewujudan pusat beli belah terawal ini. Lebih-lebih lagi anak jati Seremban kerana suatu ketika dahulu, mungkin ini adalah tempat beli-belah bagi bapa atau abang mereka masa muda-muda dulu ketika era-80 an & 90 an.

peta lokasi wisma punca emas

Dahulunya deretan kedai-kedai di dalam bangunan ini sangat meriah. Anak-anak muda jadikan tempat ni sebagai ‘port’ untuk melepak terutamanya bagi mat-mat rock yang ingin mendapatkan pakaian mengikut rekaan yang mereka ingingkan. Kedai seperti SOPAN & TRUWEST antara kedai yang menjadi bualan dan sentiasa mendapat kunjungan buat anak-anak muda ini. Mungkin ada diantara mereka yang tak lupa dengan kedai-kedai jahit yang menjadi tumpuan anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah untuk mendapatkan upah jahitan yang berkualiti dengan harga berpatutan terutamanya jahit Johnson dan Zero One.

bangunan wisma punca emas

bangunan wisma punca emas

bangunan wisma punca emas

bangunan wisma punca emas

Turut terdapat disini adalah kedai-kedai permainan video yang melata banyaknya. Tak hairanlah saban hari memang banyak pengunjung datang ke sini terutamanya remaja serta pelajar sekolah (termasuklah juga kaki ponteng). Disinilah kebanyakan daripada mereka menuntut ilmu bela diri daripada mesin permainan video arked seperti ‘Street Fighter’ dan ‘Tekken’. Lagipun pada masa itu, harga untuk bermain permainan video ini tidaklah semahal sekarang dimana pada ketika itu boleh bermain dengan hanya 20 sen sahaja berbanding sekarang yang boleh mencecah hingga RM5.

Tapi pada hari ini, bangunan ini tidaklah semeriah dahulu. Walaupun terletak di laluan jalanraya yang sibuk, pengunjung tetap kurang. Orang damai seolah-olah tidak berminat untuk datang kesini. Mungkin keadaan dan suasananya tidak menarik minat mereka untuk datang kesini. Ini menyaksikan satu persatu peniagaan disini mula gulung tikar atau berpindah.

bangunan wisma punca emas

bangunan wisma punca emas

bangunan wisma punca emas

Mungkin zaman kegemilangan Wisma Punca Emas sudah berakhir. Mana tidaknya banyak pusat-pusat beli belah baru yang lebih menarik telahpun dibina seperti Terminal One dan Aeon Seremban 2. Ramai yang telah beralih ke sana. Walaubagaimanapun, kami berharap kerajaan negeri boleh mengambil langkah untuk memelihara atau memikirkan sesuatu bagi memastikan bangunan ini menjadi daya tarikan buat penduduk Seremban semula.

Bangunan ini memang layak dipelihara kerana menjadi kenangan serta sejarah yang tidak dapat dilupakan memandangkan usianya juga sudah mencecah hampir 40 tahun. Selain daripada itu, bangunan ini juga merupakan bekas tapak St. Paul’s Institution yang pernah menjadi institusi pendidikan terawal di tanah melayu pada zaman dahulu. Sumber http://www.malaysia.my/ dan http://lensahatikenitra.blogspot.my/

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.