Wanita Gantung Diri Di Taman Desa Puteri, Bahau

JEMPOL, 4 Dis – Wanita berusia 55 tahun, yang mengalami masalah kemurungan menggantung diri menggunakan sari pada kipas siling rumahnya di Taman Desa Puteri, Bahau, Jempol, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mayat wanita itu ditemui tergantung di ruang tamu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, kejadian disedari menantu wanita berkenaan yang berusia 29 tahun sebaik pulang ke rumah.

“Sejurus membuka pintu, wanita itu terkejut mendapati ibu mentuanya terjerut. Dia memotong sari bagi menurunkan wanita terbabit,” katanya hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mengesahkan wanita terbabit sudah mati.

“Siasatan di lokasi juga tidak menemui sebarang unsur jenayah. Mayatnya dibawa ke Hospital Jempol untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Harian Metro Online (5 Disember 2017 @ 11:13 AM)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.